Utusan Borneo (Sarawak)

Kerusi Parlimen Petra Jaya terus milik BN

Fadillah berjaya pertahan kerusi ini dengan raih majoriti 15,017 undi mengalahka­n calon PKR, PAS

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Datuk Seri Fadillah Yusof terus mempertaha­nkan kerusi Parlimen Petra Jaya dengan meraih majoriti 15,017 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam.

Calon Barisan Nasional itu memperoleh 28,306 undi menewaskan pencabarny­a daripada calon PKR Datuk Dr Nor Irwan Ahmad Nor dan calon PAS Hamdan Sani yang masing-masing mendapat 13,289 undi dan 1,350 undi.

Keputusan itu telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Petra Jaya Jumaini Haili di Dewan Al Muneerah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya.

Mengulas kemenangan­nya, Fadillah mengucapka­n setinggi penghargaa­n kepada semua pengundi di Parlimen Petra Jaya kerana memberi sekali lagi mandat untuk beliau menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

“Terima kasih juga kepada semua jentera BN, para petugas pilihan raya serta anggota keselamata­n termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang memastikan perjalanan pilihan raya di Parlimen ini berjalan dengan baik dan lancar,” katanya ketika ditemui media selepas pengumuman kemenangan­nya bagi kerusi Parlimen Petra Jaya di sini, semalam.

Kemenangan Fadillah sekali gus menjadikan beliau penyandang kerusi Parlimen itu buat empat penggal ber- turut-turut sejak bertanding PRU pada 2003. Ditanya mengenai penurunan majoriti undi PRU14 untuk BN bagi Parlimen itu berbanding PRU lalu, Fadillah berkata beliau melihat terdapat beberapa faktor yang menyebabka­n ia berlaku.

“Pertamanya ialah penurunan dari segi orang yang keluar mengundi mungkin disebabkan hari bekerja.

“Kedua, mungkin kelemahan di peringkat jentera kita dan ketiga, mungkin disebabkan banyak isu di peringkat persekutua­n tidak diberi penjelasan sebaik mungkin oleh BN yang menyebabka­n kita tidak dapat memberi keyakinan kepada rakyat.

“Manakala keempat, mungkin disebabkan peralihan undi kepada pembangkan­g menyebabka­n penurunan majoriti undi kepada BN berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman yang turut ditemui media, mengucapka­n tahniah kepada Fadillah atas kejayaanny­a mempertaha­nkan kerusi Parlimen Petra Jaya pada pilihan raya kali ini.

“Pada kesempatan ini juga, saya mahu berterima kasih kepada seluruh jentera BN kerana bekerja keras memastikan kemenangan di Parlimen Petra Jaya serta terima kasih kepada semua pengundi dan masyarakat Petra Jaya yang menyokong Fadillah,” katanya.

Terima kasih juga kepada semua jentera BN, para petugas pilihan raya serta anggota keselamata­n termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang memastikan perjalanan pilihan raya di Parlimen ini berjalan dengan baik dan lancar. Datuk Seri Fadillah Yusof Pemenang Parlimen Petra Jaya

 ??  ??
 ??  ?? TETAP MESRA: Fadillah berjabat tangan dengan pencabarny­a daripada PAS Hamdan dan calon PKR Dr Nor Irwan selepas beliau diumumkan menang di kerusi Parlimen Petra Jaya malam tadi.
TETAP MESRA: Fadillah berjabat tangan dengan pencabarny­a daripada PAS Hamdan dan calon PKR Dr Nor Irwan selepas beliau diumumkan menang di kerusi Parlimen Petra Jaya malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia