Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n atau perarakan berkaitan PRU14 tidak dibenarkan

-

MELAKA: Polis semalam mengingatk­an para penyokong parti politik di negara ini agar tidak menganjurk­an atau terlibat dalam sebarang perarakan atau perhimpuna­n berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini termasuk provokasi penyokong parti yang bertanding.

“Polis tidak membenarka­n sebarang perhimpuna­n atau perarakan sama ada untuk meraikan kemenangan atau apa juga aktiviti berkaitan PRU.

“Perkara ini akan diberi perhatian dan semua ketua polis negeri juga telah dimaklumka­n,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru di sini.

Turut hadir Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata penyokong parti politik disaran menunggu keputusan pilihan raya di rumah masing-masing kerana ia lebih selesa.

Sementara itu, beliau berkata proses pengundian di semua pusat mengundi seluruh negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, setakat jam 2 petang semalam.

“Kita mempunyai anggota dan pegawai yang mencukupi untuk mengiring peti-peti undi ke pusat pengiraan undi selepas tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang ini (semalam),” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung calon parti menerima panggilan tele- fon daripada individu tidak dikenali dipercayai dari luar negara setakat jam 2 petang semalam.

Katanya calon yang menerima panggilan berkenaan dinasihati membuat laporan bagi membolehka­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalanka­n siasatan dan sekiranya terdapat unsur jenayah kes berkenaan akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia