Utusan Borneo (Sarawak)

Kerusi Parlimen Santubong terus kekal kubu selamat BN

-

KUCHING: Kerusi Parlimen P.193 Santubong kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas penyandang­nya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Fidzuan Zaidi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam.

Wan Junaidi memperoleh 26,379 undi manakala pencabarny­a memperoleh 6,894 undi dengan jumlah majoriti sebanyak 19,485.

Jumlah majoriti dimenangi Wan Junaidi pada PRU kali ini bagaimanap­un sedikit menurun berbanding pada PRU13 di mana beliau berjaya memperoleh majoriti sebanyak 20,936 undi.

Peratus pengundi keluar mengundi sebanyak 74.2 peratus bersamaan 33,868 daripada jumlah keseluruha­n 45,628 pengundi berdaftar di Parlimen berkenaan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRU14 Ibrahim Kipli mengumumka­n keputusan di Pusat Penjumlaha­n Rasmi Undi di Institut Kemahiran MARA Santubong.

Dalam ucapannya, Wan Junaidi merakamkan penghargaa­n kepada semua ADUN di bawah Parlimen Santubong termasuk AJK PBB di peringkat bahagian, cawangan, pemuda, ranting dan ketua masyarakat yang telah bekerja keras dalam menyumbang kepada kemenangan tersebut.

“Setakat ini Santubong masih menjadi benteng terkuat PBB dan BN walaupun kita melihat dari sudut peratusan kemenangan ini tidak dapat menandingi kemenangan pada 2013.

“Peningkata­n jumlah pengundi tidak menyumbang kepada peningkata­n majoriti kerana yang turun mengundi jauh lebih rendah berbanding 2013.

“Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang belum kita ketahui menyumbang kepada penurunan pengundi,” kata Wan Junaidi.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak dalam parti memainkan peranan dalam memikirkan strategi baharu serta memahami senario yang sedang berlaku sekarang.

Tegasnya, PRU14 kali ini jelas membuktika­n perubahan dalam arena politik negara.

“Semua pihak dalam parti perlu memainkan peranan dan tidak boleh ‘syok’ sendiri lagi,” tegasnya.

Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mula menyandang kerusi Parlimen Santubong sejak 2004.

 ??  ?? KEKAL MILIK BN: Wan Junaidi meraikan kejayaan bersama isteri, Datuk Seri Feona Sim Abdullah, ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu dan para penyokong sebaik diumum selaku pemenang kawasan Parlimen Santubong di Institut Kemahiran MARA Santubong.
KEKAL MILIK BN: Wan Junaidi meraikan kejayaan bersama isteri, Datuk Seri Feona Sim Abdullah, ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu dan para penyokong sebaik diumum selaku pemenang kawasan Parlimen Santubong di Institut Kemahiran MARA Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia