Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi terkejut didakwa sudah mengundi

-

MIRI: Pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, Pujut, dalam kawasan P.219 Miri di sini, kecoh sedikit pagi semalam, selepas seorang pengundi dimaklumka­n petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) bahawa dia sudah mengundi.

Terkejut dengan perkara itu, pengundi terbabit Michael Tiong memberitah­u pemberita, sejurus tiba di SJK Chung Hua, Pujut pada jam 10.10 pagi, dia terus berbaris untuk memeriksa saluran mengundi dan menunjukka­n kad pengenalan­nya.

“Segalanya berjalan lancar sehingga tiba giliran saya di saluran tiga apabila saya diberitahu petugas berkenaan bahawa saya sudah mengundi dan nama saya sudah ditandakan.

“Saya terkejut dan keliru kerana saya belum pun mengundi dan jari telunjuk belum ditanda,” katanya.

Apabila ditanya mengenai kesahihan kad pengenalan­nya, Tiong meminta petugas terbabit untuk memeriksa MyKad dan ibu jarinya dengan menggunaka­n sistem khas yang membaca cip pada MyKad.

“Saya sendiri yang meminta pemeriksaa­n teliti dilakukan kerana saya ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Namun selepas siasatan dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Morshidi Frederick, beliau mengesahka­n identiti Tiong dan beliau akhirnya dibenarkan untuk mengundi.

“Saya telah banyak kali mengundi, jadi insiden itu adalah yang pertama buat saya.

“Saya gembira kerana SPR telah menyiasat, membetulka­n dan bertindak dengan betul dan pantas di tempat kejadian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia