Utusan Borneo (Sarawak)

BN berjaya pertahanka­n Parlimen Sibuti

- Oleh Rosemaria Buma, Clare Cinderella & Steve Annuar

MIRI: Barisan Nasional (BN) mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sibuti apabila calonnya, Lukanisman Awang Sauni menang dengan majoriti 3,676 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Lukanisman menewaskan pencabarny­a daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jemat Panjang dan calon Parti Islam Se- Malaysia ( PAS) Zulaihi Bakar.

Lukanisman meraih 12,214 undi keseluruha­n manakala Jemat mendapat 8,538 undi dan Zulaihi mendapat 1,617 undi.

Peratusan turun mengundi ialah 71.2 peratus sementara 284 undi ditolak.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibuti Abdul Aziz Yusuf jam 10.15 malam tadi.

Kemenangan Lukanisman mendapat sorakan penyokong BN yang berkumpul di pekarangan Pusat Penjumlaha­n Undi Dewan Masyarakat Bekenu.

Bagaimanap­un, Lukanisman tidak berada di tempat penjumlaha­n undi kerana difahamkan berada di Kuching bersama calon BN lain.

Bekas Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang ketika ditemui bersyukur kerana BN masih mengekalka­n kerusi terbabit seterusnya paling penting pengundi menerima calon muda sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau berharap Lukanisman bekerja keras dan menunaikan janji-janji manifesto BN serta memperjuan­g kebajikan rakyat yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen Sibuti.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus, Pengarah Operasi Pilihan Raya Parlimen Sibuti Datuk Yusuf Sani Wahab serta ketua-ketua masyarakat. MIRI: Pemenang Parlimen Miri Dr Michael Teo memang sudah menduga memenangi Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) dengan majoriti besar hasil kerja keras dilakukann­ya selama dua tahun dan menyifatka­n kali ini sebagai ‘Tsunami Dayak’.

Katanya, selama dua tahun beliau bekerja keras dengan bergerak secara senyap untuk mendamping­i masyarakat Iban di bandar dan membantu mereka terutama ketika menghadapi kematian.

“Setiap kali ada kematian, kami akan pergi bertemu keluarga si mati dan menghulurk­an bantuan termasuk membeli keranda untuk si mati selain memberi bantuan perubatan dan rawatan percuma kepada mereka.

“Inilah senjata ‘ rahsia’ kami menawan hati pengundi namun kami tidak meuar- uarkannya dalam surat khabar setiap hari kerana kami tidak mahu Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan sama,” katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlaha­n Undi di sini selepas diumumkan

Setiap kali ada kematian, kami akan pergi bertemu keluarga si mati dan menghulurk­an bantuan termasuk membeli keranda untuk si mati selain memberi bantuan perubatan dan rawatan percuma kepada mereka. Dr Michael Teo Pemenang Parlimen Miri

menang di kerusi Parlimen Miri malam tadi.

Menurut Dr Teo, beliau sedar bahawa 70 peratus daripada penduduk di kawasan luar bandar merupa- kan penyokong BN namun tidak bagi Miri.

Namun katanya, beliau memang menjangka mendapat kemenangan besar berdasarka­n sambutan orang awam kepadanya semasa berkempen di tepi-tepi jalan beberapa hari sebelum ini amat positif.

“Hasil perancanga­n dilakukan selama dua tahun dengan bergerak secara senyap, saya sudah menjangka keputusan PRU14 memihak kepada saya dengan majoriti besar iaitu 13,663 undi dan inilah yang saya katakan sebagai ‘Tsunami Dayak’,” katanya sambil memberitah­u bahawa 90 peratus daripada orang awam menyokongn­ya adalah mereka yang menentang GST.

“Kami berusaha menu- naikan semua janji dibuat semasa ceramah sepanjang tempoh berkempen terutama berkaitan keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya namun kami tidak membina LRT kerana ia sesuatu yang tidak wajar,” katanya.

Selain itu, beliau berjanji memberi kad pengenalan kepada golongan tua yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri itu selain membina hospital lebih baik, membina rumah kos rendah dan meminta kaum Dayak berada di Johor supaya pulang ke Sarawak.

 ??  ?? SUDAH MENJANGKA: Dr Teo (tiga kiri) bersama isteri, Diana Yeo (kiri beliau), anak dan menantu serta ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon serta bekas ADUN Piasau Alan Ling ditemui di Pusat Penjumlaha­n Undi Dewan Suarah Miri malam tadi.
SUDAH MENJANGKA: Dr Teo (tiga kiri) bersama isteri, Diana Yeo (kiri beliau), anak dan menantu serta ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon serta bekas ADUN Piasau Alan Ling ditemui di Pusat Penjumlaha­n Undi Dewan Suarah Miri malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia