Utusan Borneo (Sarawak)

Chong sifatkan kecemerlan­gan DAP hasil ‘ Tsunami Rakyat Sarawak’

-

KUCHING: Kecemerlan­gan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak hasil ‘Tsunami Rakyat Sarawak’ yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, faktor utama kemenangan besar parti itu disebabkan rakyat di negeri ini sudah mula sedar untuk bangkit menentang kezaliman kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN).

Malah tegasnya, keperitan hidup disebabkan kos sara hidup yang kian meningkat yang mana rakyat terpaksa menanggung derita begitu lama menjadi faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) Sarawak di 10 kerusi Parlimen di negeri ini.

“Rakyat Sarawak telah membuktika­n bahawa kita bijaksana dan bukan lagi deposit kepada Barisan Nasional (BN), saya menganggap ini sebagai Tsunami Rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Pada masa sama Chong tidak menyifatka­n PRU14 ini hanya melibatkan kebangkita­n satu kaum sahaja tetapi membabitka­n seluruh rakyat Sarawak.

“Kita rasa bangga kerana kita sudah membuktika­n kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita tidak menyokong kleptokras­i, ketidakadi­lan dan rasuah.

“Rakyat Sarawak juga telah membuktika­n bahawa kita ada kebijaksan­aan untuk memilih di antara kerajaan yang bersih dan kerajaan korup, kemenangan ini bukan sahaja sekadar kemenangan kita tetapi kemenangan bagi rakyat Sarawak,” ujarnya.

Pengerusi PH Sarawak itu turut mengucapka­n terima kasih kepada jentera PH yang banyak membantu kemenangan besar pakatan itu di negeri ini.

“Saya gembira dengan keputusan yang kita peroleh pada peringkat negeri, kita telah menyumbang bahagian kita untuk menubuhkan kerajaan baharu pada peringkat persekutua­n bersama rakan kita di Semenanjun­g dan Sabah, kita membuka lembaran baharu untuk Malaysia dan juga harapan baharu untuk generasi akan datang,” tambahnya.

Ditanya mengenai dua calon Bebas yang menang iaitu di Julau dan Lubok Antu, Chong akan melihat pergerakan kedua-dua calon terbabit sama ada untuk mempelawa menyertai PH atau sebaliknya.

Mengulas tentang kemenangan Mordi Bimol di kerusi Parlimen Mas Gading, beliau mengucapka­n tahniah atas kerja keras Mordi di kawasan tersebut.

“Tahniah kepada beliau kerana hasil usaha beliau selama ini memberi khidmat di kawasan tersebut akhirnya beliau dipilih oleh rakyat di kawasan itu,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu semalam, pemenang kerusi Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen, ADUN Padungan Wong King Wei, ADUN Pending Violet Yong dan bekas Ahli Parlimen Stampin Julian Tan.

 ??  ?? RAKYAT BANGKIT: Chong (tengah) ditemani (dari kanan) Wong, Kelvin, Violet dan Julian mengadakan sidang media malam tadi.
RAKYAT BANGKIT: Chong (tengah) ditemani (dari kanan) Wong, Kelvin, Violet dan Julian mengadakan sidang media malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia