Utusan Borneo (Sarawak)

Riot kurang senang dengan taktik kotor

Perkara itu terjadi semasa kempen kerana beliau kalah majoriti 3,201 kali ini

- Oleh Henrietta Liza

SERIAN: Calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem meluahkan rasa kurang senang dengan pihak tertentu yang dikatakan menggunaka­n taktik kotor.

Menurutnya, perkara itu terjadi semasa waktu berkempen kerana beliau kalah majoriti sebanyak 3,201 pada pilihan raya kali ini.

“Mudah saja, terima kasih kepada 17,545 pengundi yang telah mengundi saya dan memberi saya sekali lagi mandat untuk memimpin Serian bagi tempoh lima tahun lagi.

“Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini adalah yang paling sukar pernah saya hadapi kerana mereka menggunaka­n taktik kotor.

“Saya tidak akan menyalahka­n mereka yang telah berkempen dan menggunaka­n taktik kotor dengan serangan bersifat peribadi namun demikian, saya amat menghargai mereka yang telah mengundi saya.

“Mereka yang telah mengundi saya telah melakukan keputusan yang betul, apa yang saya tidak gembira mereka (pihak lawan) main taktik kotor sebab itu saya masih kurang senang sehingga tadi,” katanya ketika ditemui semalam selepas keputusan undi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRU14 Parlimen Serian Lim Hock Meng di Dewan Masyarakat Serian semalam.

Dengan kemenangan ini beliau akan membawa lebih banyak pembanguna­n di Serian sebagai Menteri Sumber Manusia jika dikekalkan bergantung kepada keputusan kepimpinan kerajaan.

Beliau mendedahka­n bahawa Serian akan mempunyai sebuah institusi pengajian teknikal iaitu ILP, tiga agensi sumber manusia, di bawah NIOSH sebuah Pusat Rehabilita­si Pekerja Cacat dan satu lagi projek di bawah PSMB.

Keputusan telah diumumkan pada jam 8.15 malam

Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini adalah yang paling sukar pernah saya hadapi kerana mereka menggunaka­n taktik kotor. Datuk Seri Richard Riot Jaem Calon BN Parlimen Serian

dengan 96 saluran undi di seluruh kawasan Parlimen Serian.

Pada PRU13 peratusan mengundi di Serian adalah 78.8 peratus dan semalam adalah 74.1 peratus.

Edward Andrew Luak daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendapat 7,640 undi namun beliau tidak hadir semasa pengumuman dijalankan di sini.

Sementara calon Bebas, Senior William Rade mendapat 2,234 undi.

Jumlah kertas undi tidak kembali sebanyak 76 daripada jumlah pengundi yang turun mengundi seramai 37,629 di sini.

 ??  ?? PERTAHAN SERIAN: Riot (kanan) gembira diumumkan oleh Lim (kiri) menang di kawasan Parlimen Serian semalam. Turut kelihatan Senior (dua kanan).
PERTAHAN SERIAN: Riot (kanan) gembira diumumkan oleh Lim (kiri) menang di kawasan Parlimen Serian semalam. Turut kelihatan Senior (dua kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia