Utusan Borneo (Sarawak)

Hasbi berjaya pertahan Limbang namun majoriti undi menurun

-

LIMBANG: Barisan Nasional ( BN) mengekalka­n kerusi Parlimen Limbang bagi penggal ketiga dengan penurunan majoriti sebanyak 7,710 undi, berbanding 8,301 pada Plihan Raya Umum (PRU13) lepas.

Calon BN Hasbi Habibollah memperoleh 12,589 undi menewaskan calon PKR Negeri Dr Ricardo Yampil Baba meraih 4,879 undi.

Sebanyak 201 undi rosak manakala 67.4 peratus daripada 17,468 pengundi telah keluar mengundi.

Proses pengiraan kotak pembuangan undi termasuk undi pos di 69 pusat pengundian selesai sekitar jam 9.35 malam sebelum pengumuman calon yang menang dibuat oleh Pengurus Pejabat Pilihan Raya Parlimen Limbang Jamalie Busri.

Kemenangan Hasbi turut diraikan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Sufian Mohat dan pemimpin parti komponen BN lain.

Sementara itu laungan ‘Hidup BN’ bergema di luar pusat pengiraan undi Dewan Suarah Limbang oleh penyokong setia BN bagi meraikan kemenangan Hasbi.

Pada PRU13, calon Barisan Nasional (BN) Hasbi Habibollah memperoleh majoriti besar 8,301 undi walaupun ditentang satu lawan satu oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon BN Hasbi Habibollah memperoleh 12,999 undi menewaskan calon yang juga Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dengan 4,698 undi.

Seramai 26,409 pengundi berdaftar direkodkan untuk Parlimen Limbang termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota serta di DUN Batu Danau.

 ??  ?? KEPUTUSAN RASMI: Jamalie (tengah) ketika mengumumka­n keputusan undi yang memihak kepada BN, kelihatan sama Paulus (dua kiri).
KEPUTUSAN RASMI: Jamalie (tengah) ketika mengumumka­n keputusan undi yang memihak kepada BN, kelihatan sama Paulus (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia