Utusan Borneo (Sarawak)

Mordi peroleh 12,771 undi, majoriti 3,024 undi menewaskan calon BN Datuk Anthony Nogeh Gumbek

- Oleh Agnes Tugong

BAU:PartiTinda­kanDemokra­tik (DAP) berjaya merampas kerusi Parlimen Mas Gading daripada Barisan Nasional ( BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Calon DAP Mordi Bimol memperoleh 12,771 undi dengan majoriti 3,024 undi menerusi pertanding­an satu lawan satu dengan calon BN Datuk Anthony Nogeh Gumbek.

Nogeh yang merupakan setiausaha agung Parti Demokratik Progresif (PDP) dan bekas penyandang kerusi tersebut tewas dengan 9,747 undi.

Mordi yang ditemui selepas pengumuman rasmi keputusan di Pusat Penjumlaha­n Rasmi Undi di Dewan Suarah Bau malam tadi ternyata tidak menjangka akan menang.

“Kemenangan ini adalah di luar jangkaan saya apatah lagi pernah tewas di kerusi ini pada PRU13 dan tewas sekali lagi di kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Tasik Biru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

“Saya ingin mendedikas­ikan kemenangan ini kepada semua rakyat di Mas Gading terutama mereka yang menyokong saya selama tujuh

Mordi Bimol Calon DAP

tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­nnya selepas ini, Mordi berkata beliau akan memulakan tugas rasmi hari ini dengan tinjauan mesra di pekan Bau untuk bertemu dan berterima kasih kepada rakyat terutama pengundi.

Mordi,33, yang juga ketua pemuda DAP Sarawak turut menyatakan komitmen untuk menyelesai­kan masalah infrastruk­tur yang membelengg­u penduduk Mas Gading.

Mas Gading mempunyai seramai 29,617 pengundi dengan 77.1 peratus pengundi di Parlimen ini keluar mengundi semalam.

 ??  ??
 ??  ?? MENANG AKHIRNYA: Mordi (tengah) meraikan kemenangan­nya bersama penyokong DAP di pekarangan luar Dewan Suarah Bau semalam.
MENANG AKHIRNYA: Mordi (tengah) meraikan kemenangan­nya bersama penyokong DAP di pekarangan luar Dewan Suarah Bau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia