Utusan Borneo (Sarawak)

DAP terus kekal menawan kerusi Parlimen Stampin

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) terus kekal menawan kerusi Parlimen Stampin dengan majoriti 14,221 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

DAP menerusi calonnya Chong Chieng Jen berjaya memperoleh 33,060 undi menewaskan calon BN Datuk Dr Sim Kui Hian yang memperoleh 18,839 undi sementara 408 undi rosak dengan 79.3 peratus keluar mengundi di Parlimen itu.

Stampin merupakan kerusi panas apabila kedua- dua pemimpin parti bertanding ibarat buku bertemu ruas iaitu Dr Sim yang juga presiden SUPP bertarung satu lawan satu dengan calon DAP Chong, juga pengerusi DAP Sarawak.

Pengumuman kemenangan di kerusi Stampin diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Elizabeth Loh kira-kira jam 9.53 malam di pusat penjumlaha­n undi di Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) di sini, malam tadi.

Chong ketika sidang media semasa pengumuman berkata, kemenangan besar kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH) merupakan sejarah kepada pilihan raya parlimen di Sarawak.

“Terima kasih kepada rak- yat Sarawak kerana memberi keyakinan kepada kami… keputusan telah membuktika­n bahawa Sarawak bukan kerusi selamat kepada BN.

“Sama ada akan ada kerajaan baharu atau tidak memandangk­an kita memenangi banyak kerusi, tahap perkhidmat­an kepada rakyat Sarawak telah meningkat,” katanya.

Chong berkata, keputusan yang dicapai itu adalah hasil kerja gigih parti dan ia dianggap baharu bermula.

Pada PRU13, Julian Tan memperoleh­i 41,663 undi menang dengan majoriti 18,670 undi menewaskan calon BN Datuk Yong Khoon Seng yang memperoleh­i 22,993 undi dan calon Parti Reformasi Negeri (STAR) Lina Soo yang sekadar meraih 239 undi.

Stampin yang kini terdiri daripada tiga DUN iaitu Batu Kawah, Batu Kitang dan Kota Sentosa mempunyai 66,240 pengundi keseluruha­n.

 ??  ?? MENANG: Chong diangat oleh ahli-ahli DAP selepas pengumuman bagi kerusi Stampin yang dimenangin­ya.
MENANG: Chong diangat oleh ahli-ahli DAP selepas pengumuman bagi kerusi Stampin yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia