Utusan Borneo (Sarawak)

Henry Sum benam dua pencabar, kekalkan kerusi Parlimen Lawas

-

LAWAS: Calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berjaya mengekalka­n kerusinya apabila diumumkan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini selepas menewaskan dua pencabar lain.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lawas Hussaini Hakim di Stadium Tertutup Lawas malam tadi.

Henry Sum berjaya mempertaha­nkan kerusi Parlimen Lawas setelah menewaskan dua calon lain dengan majoriti 6,000 undi. Henry Sum, 72, yang juga penyandang kerusi tersebut memperoleh 10,037 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Danny Piri yang mendapat 4,037 undi dan calon Bebas, Mohamad Brahim (176).

Pengumuman dibuat kira- kira jam 8.35 malam membolehka­n hasrat Henry Sum untuk meneruskan kepimpinan kepada rakyat di kawasan itu terlaksana.

Semua pusat mengundi ditutup jam 5 petang, jumlah peratusan keluar mengundi adalah 68.3 peratus daripada jumlah itu sebanyak 157 undi ditolak.

Mengikut daftar pemilih didaftarka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) sehingga 10 April lalu seramai 21,297 orang layak mengundi pada PRU14 bagi Parlimen Lawas.

Daripada jumlah itu, seramai 8,543 adalah pengundi Melayu, Cina (1,970), India ( 19), Bumiputera Sabah (368), Bumiputera Sarawak (10,307), Orang Asli (4) dan lain-lain (86).

Sebanyak 57 saluran mengundi dibuka di Parlimen Lawas melibatkan bangunan sekolah, dewan masyarakat dan pusat latihan.

Pada PRU13, Henry Sum memperoleh­i majoriti 6,030 undi menewaskan calon DAP Dr Bob Baru Langub dan calon STAR Ali Rahman Kamseh.

Berikut keputusan penuh PRU14 Parlimen Lawas: P222: LAWAS 1. Datuk Henry Sum Agong (BN): 10,037

2. Danny Piri ( PKR): 4,037

3. Mohamad Brahim (Bebas): 176 Peratus mengundi: 68.3% Undi Ditolak: 157 Majoriti: 6,000 Penyandang: Datuk Henry Sum Agong

Undi Diperolehi 2013: 9,928

Majoriti 6,030

 ??  ?? KEMENANGAN BN: Hussaini ketika mengumumka­n Henry Sum (BN) merupakan calon memenangi kerusi Parlimen Lawas di Lawas malam tadi.
KEMENANGAN BN: Hussaini ketika mengumumka­n Henry Sum (BN) merupakan calon memenangi kerusi Parlimen Lawas di Lawas malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia