Utusan Borneo (Sarawak)

Suasana mengundi PRU14 di Sarawak berjalan lancar dan aman

-

KUCHING: Suasana hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sarawak yang dijalankan semalam, rata- ratanya berjalan lancar dan aman.

Walaupun semua pusat mengundi dibuka tepat jam 8 pagi tetapi ada antara orang ramai telah berbaris seawal jam 7.30 pagi teruja untuk menunaikan tanggungja­wab sebagai rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang memerlukan khasnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU), keutamaan diberikan dengan dibantu oleh petugas- petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk melancarka­n proses pengundian.

Di Sarawak sejumlah 1,838 pusat mengundi terlibat dengan 2,990 tempat mengundi dibuka seawal jam 8 pagi hingga 5 petang, semalam.

Antara kenamaan yang turut mengundi semalam di Kuching ialah Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib mengundi di SK Merpati Jepang di Jalan Patinggi Ali di sini.

Mereka tiba di pusat pengundian untuk proses membuang undi sekitar jam 11.40 pagi.

Selain itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengundi di tempat yang sama iaitu di SK Merpati Jepang.

Beliau serta isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang tiba di pusat pengundian SK Merpati Jepang di sini sekitar jam 9.31 pagi bagi proses membuang undi.

Manakala di pusat mengundi Perpustaka­an Taman Samarindah di Kota Samarahan, kelihatan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamng turut menunaikan tanggungaw­ab mengundi di tempat berkenaan.

Beliau yang tiba sekitar jam 8.15 pagi di pusat mengundi turut ditemani bapanya, Pamg Joheng.

Di Sarawak secara keseluruha­n 31 kerusi Parlimen dipertandi­ngkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

BN yang bertanding di 31 kawasan Parlimen terdiri daripada 14 kerusi adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) tujuh kerusi, Parti Rakyat Sarawak ( PRS) enam kerusi dan Parti Demokratik Progresif ( PDP) empat kerusi.

Manakala DAP bertanding di sembilan kerusi, PKR (15 kerusi), Amanah (enam kerusi), PAS ( lima kerusi), Parti Reformasi Negeri ( 3), Parti Bansa Dayak Sarawak ( 1), Sarawak Peace Party (2), Parti Bumi Kenyalang ( 1) dan Bebas ( 5).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia