Utusan Borneo (Sarawak)

Walaupun sakit kaki, terpaksa berjalan jauh namun Asniah tetap mengundi

-

LAWAS: “Nenek tak kisah terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer semata-mata untuk mengundi pemimpin kesayangan nenek,” itu kata seorang wanita warga emas, Asniah@ Maidi Mohd Yasin berusia 78 tahun.

Asniah semalam memberanik­an diri berjalan kaki seorang diri sejauh kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Sesco ke pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Lawas bagi menunaikan tanggungja­wabnya sebagai rakyat Malaysia.

Setibanya beliau ke pusat mengundi, wanita tersebut dibantu petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) membawanya ke saluran mengundi menggunaka­n kerusi roda.

“Walaupun sudah di usia tua dan kaki pun tidak berapa kuat berjalan bukan dijadikan alasan untuk nenek tidak menunaikan tanggungja­wab memilih wakil rakyat di sini.

“Saya tidak pernah sekalipun terlepas pergi mengundi kerana ini peluang lima tahun sekali dan nenek gembira dapat merasai pengalaman ini,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi tersebut di sini pagi semalam.

Tinjauan Utusan Borneo di SJK Chung Hwa Lawas semalam menunjukka­n pemilih begitu bersemanga­t mengundi sehinggaka­n ada mula berbaris sejak jam 7.10 pagi.

SJK Chung Hwa Lawas merekodkan seramai 1,790 pemilih berdaftar mengundi di sekolah tersebut dengan empat saluran mengundi dibuka.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong turut berdaftar mengundi di sekolah tersebut, tiba sekitar jam 8.50 pagi dan selesai melakukan pengundian kira-kira jam 9.05 pagi.

Selain itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut hadir menemani isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud menjalanka­n pengundian di SJK Chung Hwa Lawas sekitar jam 9.50 pagi.

Manakala Awang Tengah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seberang, Kuala Lawas kirakira jam 11.20 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia