Utusan Borneo (Sarawak)

Beliau tunai tanggungja­wab mengundi di Perpustaka­an Desa Taman Samarindah bagi Parlimen Kota Samarahan

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Kehadiran Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong Pamg di Pusat Mengundi Perpustaka­an Desa Taman Samarindah di sini menarik perhatian para pengundi di situ semalam.

Beliau hadir di pusat mengundi itu untuk menunaikan tanggungja­wabnya sebagai pengundi bagi kawasan Parlimen Kota Samarahan.

Beliau ditemani bapanya, Pamg Joheng, tiba sekitar 8.15 pagi di Pusat Mengundi Perpustaka­an Desa Taman Samarindah, melahirkan rasa teruja kerana ini merupakan pengalaman pertamanya turun mengundi.

“Ini pengalaman pertama kali saya mengundi, perasaan bimbang tetapi teruja sekali,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Pu- sat Mengundi Perpustaka­an Desa Taman Samarindah di sini semalam.

Pandelela, yang kini berusia 25 tahun, memberitah­u, kerana terlalu teruja untuk turun mengundi, beliau bangun seawal jam 6.30 pagi untuk memastikan tanggungja­wabnya itu dapat dilaksanak­an dengan lancar.

“Perasaan gembira dan tenang selepas menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi,” tambahnya.

Pusat Mengundi Perpustaka­an Taman Samarindah mempunyai 898 pengundi yang berdaftar.

Seramai 18 petugas Suru- hanjaya Pilihan Raya (SPR) ditempatka­n di Pusat Mengundi Perpustaka­an Desa Taman Samarindah yang diselia oleh Penyelia Pusat Mengundi Baharom Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Parlimen Kota Samarahan menyaksika­n pertembung­an tiga penjuru antara calon BN Rubiah Wang, Sopian Julaihi (PKR) dan Zulkipli Ramzi (PAS).

 ??  ??
 ??  ?? TERUJA: Pandelela berbaris di luar bilik saluran dua di Pusat Mengundi Perpustaka­an Desa Taman Samarindah.
TERUJA: Pandelela berbaris di luar bilik saluran dua di Pusat Mengundi Perpustaka­an Desa Taman Samarindah.
 ??  ?? TUNAI TANGGUNGJA­WAB: Kelvin (kanan) membuang undi di SJKC Thai Kwang di Sibu semalam.
TUNAI TANGGUNGJA­WAB: Kelvin (kanan) membuang undi di SJKC Thai Kwang di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia