Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 81 laporan polis pada PRU14 berbanding 413 laporan pada PRU13

-

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lanang Kelvin Kong menunaikan tanggungja­wab membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thai Kwang di Jalan Sukun, semalam.

Beliau ditemani isterinya, Moi Hui Ing tiba di sekolah tersebut jam 8 pagi. Kelvin membuang undi jam 8.13 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata proses membuang undi Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) Parlimen Sibu dan Lanang berjalan dengan lancar.

Keadaan cuaca cerah di Sibu pagi semalam mendor- ong semua pengundi keluar menunaikan kewajipan masing- masing di kedua- dua kawasan Parlimen tersebut.

Pada PRU14 ini, Parlimen Lanang menyaksika­n Kelvin dicabar penyandang, Alice Lau daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Priscilla Lau (Sarawak Peace Party). KUCHING: Sejumlah 81 laporan polis berhubung Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diterima di seluruh negeri sehingga tamat tempoh berkempen kelmarin (Selasa) berbanding 413 laporan diterima pada PRU13.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata penurunan laporan polis tersebut menunjukka­n masyarakat di negeri ini semakin matang dan bersikap profesiona­l.

“Hanya 81 laporan diterima dan daripada itu, hanya 22 kes disiasat, di mana kebanyakan kes-kes yang kecil sahaja seperti merosakkan bahan-bahan kempen.

“Seperti hari ini (semalam), keadaan setakat ini sangat aman tenteram dan kita menjangkak­an tidak timbul sebarang masalah besar,” katanya yang ditemui pemberita semasa meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuching No. 1 malam.

Dev selain itu turut memberitah­u hanya satu kes pergaduhan berkaitan PRU14 dilaporkan berlaku iaitu di Sri Aman pada hari penamaan calon. di sini se-

Menurutnya, hanya berlaku tolak-menolak di antara penyokong dua parti sahaja dan tiada kejadian serius berlaku.

“Sementara itu, seorang suspek dijatuhkan hukuman denda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan melakukan khianat terhadap bahan kempen di jalan raya menuju ke Kampung Sungai Duuh, Siburan pada minggu lalu.

“Ini merupakan kes pertama di Sarawak yang dituduh melibatkan PRU14,” kata Dev.

 ??  ?? TINJAUN: Dev semasa meninjau pusat mengundi semalam.
TINJAUN: Dev semasa meninjau pusat mengundi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia