Utusan Borneo (Sarawak)

Andrew, Wong, Vincent Lau mengundi di SJKC Chung Hua

-

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong mengundi di SJKC Chung Hua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Andrew tiba di pusat pengundian kira- kira jam 9.06 pagi, terus menunaikan tanggungja­wab sebagai pemilih.

Turut membuang undi di tempat sama ialah kedua-dua ibu bapa Andrew, Dato Sri Wong Soon Koh dan Datin Sri Pauline Leong, mengundi kira-kira jam 9.05 pagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau turut membuang undi di pusat pembuangan undi di SJKC Chung Hua di sini.

Parlimen Sibu menyaksika­n pertembung­an empat penjuru antara calon BN, Andrew Wong ditentang penyandang kerusi Sibu daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) Oscar Ling.

Turut bertanding merebut kerusi ini ialah calon Parti Reformasi Negeri (STAR) Simon Tiong serta calon Sarawak Peace Party Tiew Yen Houng.

Parlimen Sibu terdiri dari- pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan, Nangka dan Pelawan dengan mempunyai seramai 74,149 pengundi berdaftar.

Pada PRU13, Oscar berjaya memenangi kerusi Parlimen Sibu selepas memperoleh 26,808 undi menewaskan calon BN Temenggung Datuk Vincent Lau yang mendapat 23,967 undi. Calon Bebas, Narawi Haron hanya mendapat 203 undi.

Sementara itu, tinjauan di pusat pengundian SJKC Chung Hua pagi semalam mendapati keadaan tenang dan terkawal.

Cuaca cerah sebelah pagi mendorong ramai pengundi keluar menunaikan kewajipan masing-masing sejak awal pagi.

 ??  ?? UNDI: Andrew Wong (tengah) bersama Soon Koh (kanan) dan Pauline menunjukka­n jari masing-masing selepas membuang undi di SJKC Chung Hua, Sibu.
UNDI: Andrew Wong (tengah) bersama Soon Koh (kanan) dan Pauline menunjukka­n jari masing-masing selepas membuang undi di SJKC Chung Hua, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia