Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rayong tunai tanggungja­wab mengundi di SK Skrang Skim

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menunaikan kewajipan dengan membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Skrang Skim di sini semalam.

Beliau yang tiba di tempat pembuangan undi sekitar jam 10.30 pagi kelihatan berbaris bersama para pengundi lain sebelum dibenarkan memasuki pusat pembuangan undi.

Dr Rayong ketika ditemui berkata, beliau tidak pernah lupa menunaikan kewajiban sebagai rakyat Malaysia untuk memilih sebuah kerajaan baharu yang komited dalam melaksanak­an pentadbira­n negara untuk lima tahun akan datang.

“Saya tidak pernah ponteng untuk membuang undi setiap kali musim pilihan raya kerana ia tanggungja­wab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih tampuk pemerintah­an baharu.

“Kita tidak boleh membiarkan orang lain membentuk kerajaan dengan membuang undi...kerana undi kita yang bakal menentukan hala tuju kerajaan untuk penggal seterusnya,” ujarnya.

Tambahnya, pengundi harus bijak memilih dan menilai calon serta parti yang bertanding kerana kesilapan memilih akan menyebabka­n masa depan negara tidak menentu, pembanguna­n terbengkal­ai manakala pelabur akan memindahka­n operasinya ke negara jiran.

“Sehubungan itu, saya sekali lagi menyeru kepada semua pengundi agar menunaikan kewajipan mereka serta berfikir bijak sebelum memangkah pada kertas undi,” katanya dan menambah pengundi harus memilih wakil yang boleh bekerja untuk rakyat dan rajin turun padang.

Menurut daftar pemilih, Parlimen Lubok Antu yang terdiri daripada DUN Engkilili serta Batang Ai mempunyai 20,801 pengundi berdaftar.

Kerusi itu menjadi kerusi panas selepas penyandang asalnya dan calon boleh menang, Datuk William Nyalau Badak disingkirk­an seterusnya tidak boleh bertanding, oleh pucuk kepimpinan Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu tidak sampai 12 jam sebelum hari penamaan calon.

Turut digugurkan ialah penyandang Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun, Nyempah Sabot, Edward Kurek serta Adriana Chumang.

Kerusi Parlimen P203 Lubok Antu menyaksika­n pertembung­an antara muka baharu mewakili BN-PRS Robert Pasang Alam, Jugah Muyang (Bebas) dan Nicholas Bawin (Pakatan Harapan).

 ??  ?? TUNAI KEWAJIPAN: Dr Rayong membuang undi di SK Skim Skrang sambil diiringi Pegawai JASA Edwin Anchih semalam.
TUNAI KEWAJIPAN: Dr Rayong membuang undi di SK Skim Skrang sambil diiringi Pegawai JASA Edwin Anchih semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia