Utusan Borneo (Sarawak)

SPR nafi kertas undi tidak dicop

-

PUTRAJAYA: Hasil semakan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mendapati isu kertas undi tidak dicop yang berlaku di sebuah pusat mengundi tidak benar, sebagaiman­a yang tular di media sosial, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Menurut beliau, sekiranya ada berlaku kesilapan ia adalah kes terpencil dan pengundi tidak perlu bimbang jika kertas undi berkenaan dikeluarka­n secara sah.

“Jika Ketua Tempat Mengundi (KTM) berpuas hati bahawa kertas undi dikeluarka­n secara sah dan ia hanya kesilapan petugas dalam salurannya, maka KTM berkenaan tidak boleh menolak mana-mana kertas undi apabila ia dikeluarka­n secara sah,” katanya pada sidang media Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Menara SPR di sini semalam.

Beliau lalu menasihatk­an pengundi tidak terpedaya dengan mesej tular yang kononnya SPR melakukan penipuan kerana proses itu disaksikan semua pihak berkepenti­ngan termasuk ejen calon.

Mohd Hashim percaya mesej tular berkenaan hanya bertujuan untuk menimbulka­n situasi panik dan curiga dalam kalangan pengundi terhadap SPR.

Pada sidang media yang sama, Pengerusi SPR turut meminta orang ramai membuat laporan polis sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai kertas undi, bagi membolehka­n SPR menjalanka­n siasatan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan mengenai rungutan pengundi terdapat titik hitam pada kertas undi.

“Apa yang penting bagi SPR ialah mengenal pasti pengundi nak pangkah siapa. Bagaimanap­un, SPR akan menyiasat isu itu berlaku di sekolah dan pusat pengundian mana,” katanya.

Mengulas rakaman video seorang remaja ditangkap kerana mengedar kertas undi palsu di luar sebuah pusat mengundi di Port Dickson, Negeri Sembilan, beliau berkata jika perkara itu benar, laporan polis boleh dibuat.

Berbaki beberapa jam lagi tempoh pengundian ditutup, Mohd Hashim menjangkak­an serangan mesej tular palsu dan tidak bertanggun­gjawab akan terus disebarkan.

“SPR berharap orang ramai khususnya pengundi tidak terpengaru­h dan terpedaya dengan mesej yang cuba menimbulka­n suasana panik,” katanya.

Sebanyak 8,253 pusat mengundi dibuka serentak di seluruh negara bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan 28,115 tempat mengundi atau saluran termasuk di bangunan sekolah, dewan serbaguna dan balai raya.

Seramai 14,449,200 orang daripada jumlah keseluruha­n 14,940,624 berkelayak­an sebagai pengundi biasa mengundi hari ini manakala selebihnya ialah pengundi pos dan pengundi awal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia