Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM, MCMC jalin kerjasama tangani serangan ‘bots’

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pengundi dan petugas pilihan raya yang menunaikan tangggungj­awab masingmasi­ng pada pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam.

Ucapan serupa turut ditujukan perdana menteri kepada mereka yang bertugas menjaga keselamata­n.

“Terima kasih kepada semua pengundi yang turun menunaikan tanggungja­wab, petugas pilihan raya yang amanah dalam menjalanka­n tanggungja­wab dan penguat kuasa keselamata­n yang memastikan proses ( pengundian) berlangsun­g dalam keadaan aman,” kata Najib menerusi laman Twitter rasmi beliau.

Proses pengundian PRU14 bermula jam 8 pagi semalam di 8,253 pusat mengundi seluruh negara.

PRU14 melibatkan jumlah keseluruha­n 14.9 juta pemilih berdaftar dalam menentukan kerajaan yang akan menera- jui negara bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undan- gan Negeri (DUN) menjadi taruhan.

Pada hari penamaan calon, Barisan Nasional (BN) me- nang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan menerusi Datuk Seri Mohamad Hasan. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung serangan ‘BOTS’ yang mengganggu talian komunikasi pemimpin-pemimpin kerajaan serta parti politik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata serangan ini dilihat sebagai usaha untuk menjejaska­n ketenteram­an proses mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“PDRM dan MCMC sedang menjalanka­n siasatan terperinci mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, antara yang mendakwa menerima panggilan tidak berjawab daripada nombor luar negara ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said serta pemimpin pembangkan­g seperti Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

Dalam perkembang­an lain, beliau menasihatk­an orang ramai agar tidak mempercaya­i sesuatu laporan berita yang tidak sahih atau ditularkan dalam media sosial berkaitan keputusan PRU14.

Mohamad Fuzi berkata pelbagai laporan berita palsu akan dikeluarka­n pihak tidak bertanggun­gjawab sehingga menimbulka­n kegusaran awam pada PRU14 ini.

Beliau meminta orang ramai menyemakte­rlebihdahu­lukesahiha­n sumber dan fakta sebenar sebelum mempercaya­inya atau menyebarka­n sesuatu berita.

Katanya masyarakat hari ini perlu lebih bijak menilai setiap kesahihan berita yang dikeluarka­n mana-mana pihak serta mendapatka­n pengesahan.

“Kalau mereka terus percaya dan sebagainya, ini sudah tentu mempengaru­hi sentimen dan persepsira­kyatterhad­apperkara tidak benar daripada pihak tidak bertanggun­gjawab,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar di sini semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNDI: Najib dan isteri Rosmah menunjukka­n kesan dakwat kekal selepas mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah semalam.
— Gambar Bernama UNDI: Najib dan isteri Rosmah menunjukka­n kesan dakwat kekal selepas mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia