Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kereta kebal dikerah ke Putrajaya: Panglima ATM Keadaan terkawal, orang ramai diminta hentikan penularan gambar

-

PUTRAJAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal laporan kononnya aset tentera dikerah ke Putrajaya seperti yang ditularkan di media sosial.

Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, perkara itu tidak benar dan hanya merupakan spekulasi dilakukan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Saya sendiri berada di Putrajaya dan aset ATM seperti kereta kebal dan kenderaan tentera yang lain tiada di sini.

“Apa yang tersebar di media sosial itu hanyalah laporan berita palsu semata-mata ingin menimbulka­n kegusaran masyarakat,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Raja Mohamed Affandi menasihatk­an orang ramai agar tidak mudah mempercaya­i laporan berita palsu sedemikian dan menyemak kesahihan berita yang tersebar di media sosial.

Raja Mohamed Affandi menegaskan orang ramai tidak perlu panik kerana keadaan di Putrajaya ketika ini terkawal dan tiada apa yang perlu dibimbangk­an.

Tinjauan Bernama malam tadi mendapati memang tiada sebarang aset ATM di pusat pentadbira­n kerajaan persekutua­n itu, dan seperti yang dinyatakan Panglima ATM, keadaan di sini terkawal.

Hanya beberapa jalan ditutup dan dikawal polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Rakyat Malaysia mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 semalam, bagi memilih kerajaan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan turut menafikan penularan khabar angin menerusi gambar- gambar di media sosial yang kononnya menunjukka­n penempatan aset tentera darat dan anggota untuk mengawal di Putrajaya.

Pihak tentera darat memohon agar penularan gambar berkenaan dihentikan segera dan meminta orang ramai tidak terpengaru­h dengan berita palsu itu. — Bernama

Saya sendiri berada di Putrajaya dan aset ATM seperti kereta kebal dan kenderaan tentera yang lain tiada di sini. Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor Panglima ATM

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Zahid dan isterinya Hamidah menunjukka­n kesan dakwat kekal di Pusat Pengundian Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Zahid dan isterinya Hamidah menunjukka­n kesan dakwat kekal di Pusat Pengundian Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia