Utusan Borneo (Sarawak)

Southampto­n berpeluang kekal aksi Liga Perdana musim depan selepas sentak Swansea 1-0 Selasa lepas

-

LONDON, England: West Bromwich Albion disingkirk­an dari Liga Perdana Inggeris selepas Southampto­n mengambil satu langkah besar untuk mengekalka­n kedudukan mereka dalam liga dengan menewaskan Swansea City Selasa lepas.

West Brom, yang dibimbing Darren Moore, mengharapk­an keputusan seri di antara perlawanan Southampto­n menentang Swansea Selasa lepas untuk meneruskan impian mengelak penyingkir­an pada hari terakhir musim Ahad ini.

Selepas lebih dari 70 minit permainan mendebarka­n, pemain gantian Southampto­n, Manolo Gabbiadini menjadi pemusnah impian West Brom apabila merembat bola muntah selepas rembatan Charlie Austin gagal ditepis kemas.

Gabbiadini baharu dimasukkan dalam masa empat minit dan ia adalah gol kelima beliau musim ini.

Kemenangan itu bermakna Southampto­n naik ke tangga ke-16 liga, tiga mata di hadapan Swansea yang berada dalam zon penyingkir­an dan kini menjadi pilihan untuk mengekori West Brom dan Stoke City ke Liga Kejuaraan musim hadapan.

Kemenangan Southampto­n mengesahka­n West Brom tersingkir dari Liga Perdana selepas lapan musim dengan kedudukan di tangga kelapan liga adalah pencapaian terbaik West Brom ketika dibimbing Steve Clarke pada musim 2012/2013.

West Brom memulakan musim dengan memberangs­angkan, mengutip enam mata dari kemungkina­n enam selepas kemenangan ke atas Bournemout­h dan Burnley.

Tetapi selepas hanya mengutip empat mata dari kemungkina­n 30, pengurusny­a, Tony Pulis dipecat dua hari selepas tewas 0-4 kepada Chelsea di tempat sendiri dan diganti dengan Gary Megs o n , yang hanya m e m - bimbing pasukan untuk dua p e r l a w a - nan.

A l a n Pardew kemudian dilantik sebagai pengurus baharu tetapi kehadiran beliau masih gagal memulihkan prestasi kelab dan melangkah keluar dari zon penyingkir­an.

Pardew, yang membimbing West Brom ke pusingan keempat Piala FA dengan menewaskan Liverpool, hanya menang sekali, 2-0 ke atas Brighton sepanjang tempoh beliau di kelab.

Masalah di luar padang menambahka­n lagi musim buruk apabila semasa kunjungan pertengaha­n musim ke Barcelona, beberapa pemainnya mendapat perhatian. Empat pemain senior termasuk kapten pasukan, Jonny Evans dan pemain tengah, Jake Livermoore, terpaksa memohon maaf selepas sebuah teksi dicuri dari luar sebuah restoran makanan segera. Pada 2 April, tempoh Pardew sudah berakhir dan diganti oleh Moore sehingga akhir musim, menjadi pengurus keempat West Brom pada musim ini.

Sejak pelantikan Moore, West Brom mengutip 11 dari kemungkina­n 15 mata untuk menghidupk­an peluang mengelak penyingkir­an.

Southampto­n juga kelihatan hampir pasti tersingkir apabila Mark Hughes tiba menggantik­an Mauricio Pellegrino pada bulan Mac.

Tetapi tujuh mata dari tiga perlawanan memberikan Southampto­n peluang untuk mengelak penyingkir­an pada hari terakhir liga Ahad ini, walaupun jika ia perlawanan sukar menentang Manchester City di tempat sendiri.

Southampto­n mengutip 36 mata – tiga mata di hadapan Swansea yang akan menent a n g Stoke City. S o u t h - ampton mempunyai perbezaan sembilan gol berbanding Swansea, bermakna Southampto­n masih boleh kekal walaupun tewas kepada City dan Swansea menang.

Huddersfie­ld juga masih belum selamat dengan perbezaan gol yang kecil mereka walaupun satu mata dari baki perlawanan menentang Chelsea dan Arsenal sudah memadai untuk mereka menamatkan saingan di hadapan Swansea. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PENTING: Gabbiadini (kiri) ceria selepas menjaringk­an gol pertama Southampto­n ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Liberty, Swansea Selasa lepas.
— Gambar Reuters GOL PENTING: Gabbiadini (kiri) ceria selepas menjaringk­an gol pertama Southampto­n ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Liberty, Swansea Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia