Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico ‘bosan’ dengan cubaan Barcelona dapatkan khidmat Antoine Griezmann

-

MADRID, Sepanyol: Pengerusi Atletico Madrid, Miguel Angel Gil Marin, menyelar kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona Selasa lepas kerana cubaan untuk mendapatka­n penyerang mereka, Antoine Griezmann dan berkata beliau “bosan” dengan sikap Barcelona.

Marin mengeluark­an kritikan keras beberapa jam selepas sebuah stesen radio Sepanyol melaporkan bahawa Barcelona bersedia untuk membayar pelepasan kontrak Griezmann bernilai 100 juta euro.

Marin berkata pendirian kelab adalah sangat jelas.

“Kami tidak pernah berunding tentang Griezmann atau kami mempunyai hasrat untuk melakukann­ya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarka­n di laman ses- awang rasmi kelab.

“Beb e r a p a bulan yang lalu, saya secara peribadi menyuaraka­n kepada presiden Barcelona di mana pemain kami bukan untuk dijual dan kami juga tidak akan menjualnya.

“Pada masa yang sama, saya memberitah­u beliau bahawa tindakan beliau tidak wajar dan melanggar integriti pertanding­an.”

Ketidakten­tuan mengenai masa depan Griezmann hadir pada masa yang tidak sesuai ketika Atletico membuat persediaan untuk final Liga Europa menentang Marseille minggu hadapan.

Marin menambah: “Kami bosan dengan sikap Bar- celona.

“Ia adalah kerana seorang presiden, pemain dan ahli lembaga pengarah bercakap seperti itu tentang masa depan pemain yang masih mempunyai kontrak dengan kelab lain dan juga beberapa hari sebelum final di Eropah, ia jelas tidak menghormat­i Atletico.”

Beliau berkata Atletico akan menuntut pampasan dari Barcelona sekiranya “pemain melaksanak­an hak membatalka­n kontrak kerana tekanan sepanjang musim”.

Beliau menambah ‘muktamad. Saya berharap kenyataan ini merungkai segala- galanya dan juga penyokong Atletico boleh menikmati saat ini dan juga kami membuat persediaan y a n g

tenang ke final.”

Rayuan Marin dibuat ekoran satu laporan dari stesen radio Cadena Cope di mana “Barcelona memberitah­u Atletico Madrid di mana mereka akan membayar syarat pelepasan k o n t r a k A n t o i n e Griezmann dan juga kelab tahun pemain akan pergi pada akhir musim.” Ia hadir selepas presiden Atletico, Enrique Cerezo enggan menjelaska­n tentang masa depan Griezmann selepas media tempatan mencadangk­an Cerezo ada bertemu dengan pemain dalam usaha memujuk beliau untuk terus kekal di Atletico dengan janji kontrak baharu lumayan. Cerezo menafikan ada bertemu dengan Griezmann tetapi beliau juga tidak jelas tentang masa depan penyerang berusia 27 tahun itu. “Saya boleh memberitah­u anda satu perkara: Antoine Griezmann adalah pemain Atletico Madrid ketika ini,” kata Cerezo. “Saya tidak dapat memberitah­u perkara lain kerana saya tidak tahu.” — AFP

 ??  ?? GRIEZMANN
GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia