Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA: 190 atlet Sarawak menjalani ujian kecergasan

-

KUCHING: Institut Sukan Negara (ISN) Zon Sarawak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) telah menganjurk­an Sesi Ujian Kecergasan Atlet Elit SUKMA Sarawak Siri ke-3 pada 5 dan 6 Mei lalu.

Kira-kira 190 atlet diuji pada sesi ujian tersebut diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini.

Ketua ISN Zon Sarawak, Joshua Philip memberitah­u sesi ujian itu untuk menguji tahap kecergasan atlet-atlet elit SUKMA Sarawak bagi persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA 2018) di Perak.

Menurutnya, ISN Zon Sarawak mengambil initiatif bagi membantu menilai tahap kecergasan atlet-atlet elit SUKMA Sarawak yang bakal bertanding pada temasya dwitahunan pada September nanti.

“Penilaian tahap kecergasan atau fizikal atlet-atlet adalah amat penting dengan menilai tahap atau status semasa mereka agar atlet-atlet terbabit berada di tahap baik apabila bersaing dengan atlet-atlet negeri lain dan bebas daripada kecederaan serius.

“ISN Zon Sarawak mula beroperasi sejak 2007 beker- jasama dengan MSN Sarawak dan banyak membantu melahirkan atlet-atlet berprestas­i tinggi negeri ke peringkat kebangsaan melalui pendedahan atau aplikasi saintifik sains sukan dalam bidang fisiologi senam, pemakanan sukan, psikologi sukan dan suaian fizikal di peringkat pembanguna­n atau akar umbi,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini ISN melancarka­n Pusat Latihan Talent Outreach di Siburan, Sarawak menumpukan khususnya kepada sukan olahraga bagi melahirkan pelapis-pelapis baharu negeri.

Fasa-fasa ujian melalui siri 1 dan siri 2 manakala siri terakhir diadakan selepas hari raya aidilfitri nanti.

 ??  ?? UJIAN: Peserta ketika menjalani ujian kecergasan di Stadium Sarawak, Petra Jaya Kuching pada 5 dan 6 Mei lalu.
UJIAN: Peserta ketika menjalani ujian kecergasan di Stadium Sarawak, Petra Jaya Kuching pada 5 dan 6 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia