Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Kasika CF ungguli futsal LISUS Peringkat Negeri Sarawak

-

MIRI: Kasika CF (Kuching) muncul juara keseluruha­n acara futsal Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) Peringkat Negeri Sarawak selepas mengalahka­n Mahasal FT (Betong) pada perlawanan akhir.

Selaku juara, Kasika CF membawa pulang wang tunai RM2,000, piala dan medal sementara Mahasal FT menerima RM1,500 piala dan medal. Tempat ketiga milik bersama Matrixx United (Sarikei) dan MZJ FT masing- masing menerima RM500 berserta piala dan medal.

Dalam kategori wanita, juara milik Samarahan, F10 Bintulu ( naib juara) dan Wawasan FT dan Melda ( Kuching) tempat ketiga bersama.

Pemenang membawa pulang wang tunai RM2,000, RM1,500 dan RM500 bersama piala dan medal.

Keputusan lain ialah pertanding­an bola jaring menyaksika­n juara milik Stormrider (Kuching), Panther Miri (naib juara) dan Falcons Miri dan Betong menduduki tempat ketiga bersama.

Acara sepak takraw menyaksika­n Galaxy ( Miri) muncul juara sementara Samarahan (kedua) manakala ketiga milik bersama Project Team ( Sibu) dan KSTB (Sarikei).

LISUS disertai 565 orang peserta dari 12 bahagian dalam empat acara dipertandi­ngkan iaitu bola sepak 9 sebelah, futsal lelaki dan wanita, sepak takraw dan bola jaring.

LiSUS Peringkat Negeri Sarawak 2018 diadakan di Miri pada 27 hingga 29 April lalu menyaksika­n Kuching ditabalkan juara keseluruha­n.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Datuk Lee Kim Shin merasmikan kejohanan tersebut di IKBN Miri.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Mohd Nizam dan Pengarah IKBN Miri, Mohd Fauzi Ariffin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia