Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bakal mempunyai velodrom, akademi bola tampar dan badminton

-

KUCHING: Sarawak bakal mempunyai velodrom serta akademi bola tampar dan badminton sendiri tidak lama lagi dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia dalam ketiga-tiga sukan berkenaan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Selain itu, beliau berkata pelbagai langkah turut diambil untuk menyusun semula Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kuching (KFC) bagi membentuk pasukan yang mantap untuk bersaing di kejohanan peringkat kebangsaan.

“Kita menjangkak­an program dan aktiviti sukan akan semakin rancak, sambil disokong dengan pembanguna­n dan kewujudan kemudahan sukan berkelas dunia ini di seluruh negeri.

“Dalam usaha kita mempercepa­tkan status Sarawak sebagai kuasa sukan tanah air, kerajaan negeri mempunyai beberapa perancanga­n dengan mewujudkan lebih banyak kemudahan sukan dan rekreasi di seluruh negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Akuatik Pandelela Rinong bernilai RM163 juta di Petra Jaya di sini kelmarin.

Beliau berkata dengan kemudahan tersebut akan menarik lebih ramai bakat baharu untuk menyertai program pembanguna­n dilaksanak­an bagi mengenal pasti mereka yang berpotensi dalam arena sukan tempatan dan antarabang­sa.

Abang Johari, bagaimanap­un tidak mendedahka­n kos pembinaan ketiga-tiga projek berkenaan, dan bila dilaksanak­an, namun akan berusaha sebaik mungkin dalam mendapatka­n peruntukan bagi kesemua projek tersebut.

Ketua Menteri itu juga mengucapka­n tahniah kepada Menteri Pelanconga­n, Kes- enian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan pasukannya yang berjaya membawa masuk penganjura­n Kejohanan Renang Para Dunia Ke-9 di Kuching tahun depan, melibatkan penyertaan 600 peserta dari 86 negara pada kejohanan itu berlangsun­g pada 29 Julai hingga 4 Ogos.

Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak juga menubuhkan Pusat Sukan Berprestas­i Tinggi sama seperti di New Zealand, yang terbukti sangat berkesan dalam melahirkan atlet berprestas­i tinggi di negara berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia