Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola, City belum capai kata sepakat

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, masih belum menamatkan rundingan kontrak baharu bersama kelab tetapi berkata Selasa lepas tiada apa yang perlu dilakukan dengan tergesa-gesa.

Guardiola membimbing City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim kedua beliau di Etihad dan sekarang pada dua pertiga kontrak tiga tahun yang ditandatan­gani apabila berpindah ke City pada 2016.

Ia bermakna Guardiola, 47, sudah menang kejuaraan liga dalam tiga liga utama di Eropah selepas di Sepanyol bersama Barcelona dan di Jerman bersama Bayern Munich.

Tetapi beliau juga mempunyai reputasi hanya membimbing kelab untuk satu tempoh kontrak selepas menghabisk­an empat musim di Barcelona dan tiga musim di Bayern Munich.

Guardiola, bercakap sebelum perlawanan terakhir City di tempat sendiri menentang Brighton hujung minggu lepas, bagaimanap­un kelihatan tenang walaupun tidak setenang pemilik kelab, Khaldoon Al Mubarak dan ketua eksekutif, Ferran Soriano dan pengarah bola sepak, Txiki Begiristai­n.

Tetapi beliau juga tidak terburu- buru untuk melihat selepas musim hadapan dari segi mengesahka­n komitmen masa depan beliau dan menolak untuk menjawab secara langsung apabila ditanya jika beliau akan menandatan­gani kontrak baharu.

“Saya mempunyai baki satu tahun lagi dan musim hadapan saya akan berada di sini ( City),” kata Guardiola. “Sekarang adalah masa untuk menamatkan musim dengan baik dan kemudian mula bercakap tentang apa yang harus dilakukan pada musim hadapan, siapa yang kekal dan siapa yang harus dibeli.

“Saya tidak menamatkan tugas dalam tempoh dua minggu atau sebulan – saya mempunyai satu tahun lagi. Dalam bola sepak, satu tahun itu adalah lama dan kami akan bercakap kepada kelab.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia