Utusan Borneo (Sarawak)

Projek pembinaan Tebingan Miri kini di peringkat akhir

-

PROJEK pembinaan Tebingan Miri yang menelan kos RM3.709 juta dan memulakan pembinaann­ya pada Jun tahun lalu, kini sudah menghampir­i peringkat akhir untuk disiapkan.

Tinjauan oleh Utusan Borneo kelmarin mendapati kerja-kerja pembinaan tebingan tersebut kini siap memasang ikon kuda laut setinggi 12 meter yang diperbuat daripada bahan logam tahan karat.

Kuda laut itu yang didirikan di atas platform konkrit di hadapan Tebingan Miri menghadap kuala sungai serta Laut Cina Selatan, akan menjadi salah satu mercu tanda dan ikon bandar raya Miri.

Keseluruha­n ketinggian ikon kuda laut ini dan platformny­a yang dibina di dasar muara sungai ini dianggarka­n hampir 40 meter dan projek pembinaan Tebingan Miri itu, menggunaka­n peruntukan khas yang sudah dilulus dan diagihkan bekas ketua menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tahun lalu, demikian jelas Datuk Bandar Miri Adam Yii.

“Kos pembinaan projek ini merupakan sebahagian peruntukan khas RM10 juta yang diberikan bekas ketua menteri (Allahyarha­m Adenan) bagi tujuan membangunk­an tarikan pelanconga­n dan mengindahk­an bandar raya ini,” jelas beliau.

Tebingan tersebut akan terbentang sejauh 116 meter di sepanjang tebing kuala Sungai Miri dari arah Kampung Wireless menghala ke Hotel Pullman di Jalan Pala dengan lokasi ikonnya terletak di tengah-tengah dan menghadap ke Laut Cina Selatan.

Pada asalnya perancanga­n pihak majlis meliputi sebuah jeti yang dibina bersama tebingan ini, bagaimanap­un pembinaan jeti tersebut tidak dibenarkan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) atas aspek keselamata­n dan mengelak kesesakan.

Ini kerana lokasi jeti berkenaan dirancang adalah di kawasan ‘teluk’ menghadap ke Laut Cina Selatan yang juga merupakan laluan berpusing bagi kapal-kapal dan bot yang luar masuk melalui kuala sungai.

Menurut Adam, pembinaan jeti di situ amat tidak sesuai dan boleh menghalang laluan kapal besar jika bot berlabuh di jeti berkenaan.

Justeru atas nasihat pihak LSS, maka pembinaan jeti di situ terpaksa dilupakan dan diganti dengan arca logam kuda laut yang lebih menarik dan bakal menjadi ikon kebanggaan Miri.

 ??  ?? PERINGKAT AKHIR: Arca kuda laut yang akan menjadi ikon kebanggaan Miri bersedia untuk dipasang di hadapan tebing dan menghadap kuala Sungai Miri serta Laut Cina Selatan. GAH: Ikon kebanggaan Miri, kuda laut di muara Sungai Miri di hadapan Tebingan...
PERINGKAT AKHIR: Arca kuda laut yang akan menjadi ikon kebanggaan Miri bersedia untuk dipasang di hadapan tebing dan menghadap kuala Sungai Miri serta Laut Cina Selatan. GAH: Ikon kebanggaan Miri, kuda laut di muara Sungai Miri di hadapan Tebingan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia