Utusan Borneo (Sarawak)

SFC jalankan operasi menangkap buaya

-

hadiah oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini menyaksika­n pelajar dari Sekolah Menengah Sains Kuching Utara iaitu Nazmi Ahmad Nizar memenangi kategori Sains.

Manakala kategori Matematik dimenangi oleh pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Sibu iaitu Jesslynn Loo Shi Lin yang menerima wang tunai RM1,000.

Pada majlis itu Fadillah turut menyaksika­n penyerahan Projek National Geografi STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik) kepada tujuh buah sekolah dalam kawasan Petra Jaya.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam projek ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Datuk Abdul Kadir Hassan Kuching, SK Semerah Padi, SK Gita, SK Rakyat Tupong, SK Combined, SK Merpati Jepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya Kuching. OPERASI menangkap buaya telah dilaksanak­an di Sungai Sarawak dan kawasan sekitarnya di antara Barrage dan Rantau Panjang di Batu Kawa.

Menurut kenyataan akhbar dari pihak SFC baru-baru ini, ia merupakan antara kawasan yang diletakkan di bawah pengurusan buaya yang lebih besar oleh pihaknya.

Hasilnya, pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) berjaya menangkap seekor buaya.

Ia ditangkap di lokasi yang merangkumi Zon Penyingkir­an Buaya dan sebelum ini terdapat aduan daripada penduduk kampung di Rantau Panjang yang sering kali terlihat buaya di kawasan tersebut.

Selepas seminggu menjalanka­n operasi yang dimulakan sejak 3 Mei, seekor buaya berukuran 3.73 meter ditemui tersangkut pada jerat dan berjaya ditangkap pada Sabtu lepas.

Pihak SFC mengingatk­an orang ramai agar membuat aduan terus ke pejabat SFC atau Jabatan Hutan sekiranya terlihat kelibat buaya di kawasan mereka kerana reptilia itu boleh membahayak­an nyawa.

 ??  ?? DITANGKAP: Pasukan SWAT mengangkat buaya itu di Batu Kawa baru-baru ini.
DITANGKAP: Pasukan SWAT mengangkat buaya itu di Batu Kawa baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia