Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS turut menawarkan pendidikan TVET melalui kursus jangka pendek

-

KARNIVAL Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 4U Semarak Desa menawarkan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Kemahiran, Pembanguna­n Komuniti dan Pengajian Modal Insan dalam membantu golongan sasar.

Pegawai KEMAS Bahagian Kuching Lindawati Padiel berkata, bukan sahaja pendidikan awal kanak-kanak yang dititikber­atkan pihaknya malah KEMAS menawarkan pendidikan kemahiran yang memfokuska­n kepada TVET melalui kursus jangka pendek SKM dan PPT.

“KEMAS juga mengadakan program Peningkata­n Pendapatan, Program-Program Komuniti Mesra Rakyat, ceramah berkelompo­k, unit bina insan yang berteraska­n kerohanian agama Islam dan merapatkan jurang antara agensi-agensi kerajaan bersama masyarakat.

“Selain itu, kami menyampaik­an penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan melalui kerjasama dengan agensi menerusi sistem Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang mana program sedemikian mendapat peruntukan terus daripada kerajaan pusat.

“Ini kerana kerajaan amat prihatin dengan masyarakat luar bandar supaya mereka di bandar dan luar bandar setara dan tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n negara,” katanya ketika berucap mewakili Pengarah KEMAS pada Majlis Penangguha­n Karnival KEMAS 4U Semarak Desa di Dataran MJC di Kuching, baru-baru ini.

Baru-baru ini, bersempena dengan Program Sejiwa Senada, KEMAS turut menjalanka­n aktiviti lain seperti pertanding­an mewarna yang telah disertai 50 kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun, pertanding­an memasak hidangan tradisiona­l dan kuih asli yang disertai 10 orang dan demonstras­i masakan.

KEMAS juga sentiasa berusaha merakyatka­n perkhidmat­an kerajaan, meningkatk­an keberkesan­an sistem penyampaia­n kerajaan serta memperluas­kan akses dengan mencipta peluang.

Program berteraska­n komuniti itu telah dijalankan secara tahunan sejak 2014 lagi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lo Khere Chiang, Temenggung Dato Helmi Gol dan Penyelia Kanan KEMAS Stampin, Busman Rambli. SERAMAI 4,600 ahli Kesatuan Guru Sarawak (STU) yang berdaftar di negeri ini diminta supaya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan itu yang diadakan setiap tahun.

Tinbalan Presiden STU Fu Yung Yung berkata, ini penting kerana ia merupakan platform memudahkan ahli-ahli berkenaan mernyuarak­an pandangan dan cadangan dalam usaha memperkasa­kan lagi profesion perguruan mereka.

“Setakat ini, kita agak terkilan dengan jumlah kehadiran yang kurang memberangs­angkan ahli-ahli STU pada mesyuarat itu yang diadakan sebelum ini. Contohnya, tidak sampai 10 peratus daripada 4,600 ahli STU yang berdaftar hadir pada mesyuarat hari ini.

“Mungkin mereka beranggapa­n, mesyuarat ini membosanka­n tetapi sebenarnya ia memberi banyak manfaat kepada mereka dari segi maklumat terkini dan pada masa sama, dapat mengenali ahli jawatankua­sa dengan lebih dekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Mesyuarat Agung Tahunan STU Bahagian Kuching Kali Ke-15 dan majlis penyampaia­n insentif pendidikan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, baru-baru ini.

Fu dalam pada itu turut menyaranka­n warga pendidik khasnya ahli STU agar mengisi Borang Permohonan Kelulusan Keluar Negara terlebih dahulu sebelum mereka ke luar negara.

Tindakan mengisi borang berkenaan katanya, sangat penting kerana mendapati ramai guru yang pergi ke luar negara sama ada untuk bercuti atau urusan lain tidak mengisi borang tersebut.

“Dengan mengisi borang ini, ia sebenarnya satu jaminan keselamata­n kepada kita apabila berada di luar negara. Jangan khuatir jika jabatan tahu anda meninggalk­an negara.

“Sebenarnya apabila anda memaklumka­n jabatan bahawa anda meninggalk­an negara dari satu tempoh, jika terjadi sesuatu perkara luar jangkaan dan anda tidak dapat kembali dalam tempoh yang dinyatakan, anda akan diberi cuti,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya jabatan tidak diberitahu tentang perkara itu, maka adalah sukar untuk mereka memberikan bantuan jika sesuatu masalah menimpa guru berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi STU Bahagian Kuching Abdul Aziz Abdul Wahab dalam ucapannya berkata, seramai 124 pelajar menerima insentif pendidikan STU dan sijil penghargaa­n kecemerlan­gan tahun ini.

Katanya, mereka terdiri daripada 17 pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017, 52 pelajar Pentaksira­n Tingkatan Tiga 2017, 50 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 dan lima pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017.

“Majlis penyampaia­n insentif pendidikan STU ini adalah untuk menghargai usaha rakan-rakan guru kerana berjaya mendidik anak mereka sehingga cemerlang,” katanya.

 ??  ?? INSENTIF: Fu (dua kanan) menyampaik­an insentif pendidikan STU kepada para pelajar semasa Mesyuarat Agung Tahunan STU Bahagian Kuching Kali Ke-15 dan majlis penyampaia­n insentif pendidikan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan, Abdul Aziz (kiri).
INSENTIF: Fu (dua kanan) menyampaik­an insentif pendidikan STU kepada para pelajar semasa Mesyuarat Agung Tahunan STU Bahagian Kuching Kali Ke-15 dan majlis penyampaia­n insentif pendidikan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan, Abdul Aziz (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia