Utusan Borneo (Sarawak)

Kelas kek, bakeri diharap tingkatkan sosioekono­mi anggota koperasi

-

SEJAJAR penekanan kerajaan agar koperasi terus menyumbang secara signifikan kepada KDNK Negara dan dalam masa yang sama meningkatk­an sosioekono­mi anggotanya, MKM Zon Sarawak dari 2 hingga 4 Mei lepas telah menganjurk­an kursus Pelan Perniagaan Kek dan Bakeri.

Kursus tersebut disertai seramai 29 anggota mewakili 13 koperasi dari seluruh negeri Sarawak.

Ia merupakan kerjasama dengan pihak Butter & Olive (Sarawak) Sdn Bhd yang dibimbing dua cef dalam bidang pastri dan kulinari.

Antara lain kursus tersebut mendedahka­n para peserta berkenaan potensi perniagaan kek dan bakeri serta cabaran dalam bidang perniagaan tersebut.

Peserta turut diberi pendedahan berkenaan bahan mentah asas dan fungsinya bagi tujuan pembuatan kek dan bakeri dan juga peralatan yang digunakan secara komersial bagi tujuan tersebut.

Kemuncak penganjura­n kursus ialah apabila peserta didedahkan berkenaan kaedah pembuatan lima jenis kek dan bakeri iaitu kek lapis krim mangga, croissant, brownies, focaccia dan bun sosej.

Selain pendedahan kepada kaedah dan resipi, setiap peserta juga berpeluang untuk sama-sama terlibat dalam proses penyediaan doh, pembakaran, proses rehat doh dan kaedah sajian dan peragaan produk kek dan bakeri.

Para peserta turut diajar bagaimana menyediaka­n kertas kerja dan kaedah pemasaran secara atas talian menggunaka­n media sosial.

MKM Zon Sarawak berharap kursus tersebut mampu membuka satu lagi peluang perniagaan untuk anggota koperasi.

Turut hadir menjayakan kursus tersebut ialah penyelaras program yang juga pensyarah kanan di MKM Zon Sarawak, Frank Me-ol.

Peserta dan individu yang berminat untuk mengikuti mana-mana kursus di MKM Zon Sarawak bolehlah menghubung­i talian 082-230409.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia