Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert akhir ini,

-

SETELAH enam minggu berentap di pentas Gema Gegar Vaganza (GGV), Sabtu ini kita bakal saksikan seorang bintang akan dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza musim kedua. Kesemua enam finalis telah diumumkan pada akhir persembaha­n konsert separuh akhir minggu lalu.

Menepati ramalan, bintang yang paling konsisten persembaha­nnya setiap minggu iaitu Adeep Nahar, Fitri Haris dan pasangan duo Heliza & Hazwani berjaya menempa tempat ke pentas akhir.

Turut bersama-sama mereka adalah dua kumpulan nasyid otai yang cukup berpengala­man, Brothers dan InTeam serta penyanyi solo yang mempunyai vokal mantap, Awi Rafael.

Untuk cabaran di minggu akhir ini, bertemakan ‘Gema Akhir’, setiap finalis harus membuat dua persembaha­n iaitu persembaha­n solo dan ‘battle’. Bagi persembaha­n battle, Adeep Nahar akan berentap bersama Fitri Haris menerusi lagu nyanyian Mawi & Hazama, ‘Al Nuraa... Yang 5... Yang 6’, Heliza & Hazwani bersama Awi Rafael mempersemb­ahkan lagu ‘Pejamkan Mata’ nyanyian Malique (feat. Dayang Nurfaizah) serta InTeam dan Brothers yang akan beradu tenaga menerusi lagu ‘Al Haq... Yang Satu’ nyanyian Mawi (feat. Dato’ AC Mizal). Pentas akhir GGV akan turut menyaksika­n sebuah persembaha­n istimewa daripada penyanyi lagenda tanah air, Zamani.

Beliau tidak keseoranga­n di pentas sebaliknya bakal disertai oleh seorang bekas ahli kumpulan Raihan yang telah lebih sedekad menyepikan diri dari industri hiburan, Nazrey Johani.

Mereka berdua bakal menggemaka­n pentas akhir GGV menerusi lagu hit kumpulan Raihan, ‘Iman Mutiara’.

Jika tahun lalu kita menyaksika­n kumpulan UNIC menjulang trofi juara, siapa pula yang bakal mengikut jejak langkah mereka pada Sabtu ini seterusnya membawa pulang RM100,000?

Adakah peserta berkumpula­n atau peserta solo?

Sama-sama kita saksikan siaran langsung Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza musim kedua Sabtu ini (12 Mei 2018), bermula jam 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, ‘on demand’.

 ?? — Gambar AFP ?? Aktres Bollywood Kareena Kapoor (kiri) dan suaminya, aktor Saif Ali Khan tiba bersama anak lelaki mereka Taimur bagi menghadiri majlis perkahwina­n aktres Sonam Kapoor di Mumbai pada 8 Mei 2018 lepas. Sonam yang juga anak kepada pelakon veteran Anil...
— Gambar AFP Aktres Bollywood Kareena Kapoor (kiri) dan suaminya, aktor Saif Ali Khan tiba bersama anak lelaki mereka Taimur bagi menghadiri majlis perkahwina­n aktres Sonam Kapoor di Mumbai pada 8 Mei 2018 lepas. Sonam yang juga anak kepada pelakon veteran Anil...
 ??  ?? ZAMANI
ZAMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia