Utusan Borneo (Sarawak)

Dijatuhi hukuman sebagai seorang dewasa meski berusia 17 tahun ketika tembak mati empat pada 2016

-

OTTAWA: Seorang pelajar yang menembak mati empat orang dan mencederak­an tujuh lagi di sebuah rumah dan sebuah sekolah di komuniti penduduk asli Kanada yang terpencil di La Loche telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kelmarin.

Di bawah syarat bagi hukuman serentak, dia tidak akan layak untuk parol selama sekurang- kurangnya 10 tahun.

Pemuda tersebut, yang tidak dapat dikenal pasti di bawah undang- undang Kanada, hanya berusia 17 tahun pada Januari 2016 ketika dia menembak mati dua remaja bersaudara di dalam rumah mereka sebelum pergi ke sebuah sekolah berhampira­n dan menembak mati dua guru.

Sekarang berusia 20 tahun, dia mengaku bersalah ke atas pembunuhan dan cubaan membunuh, serta memohon maaf di mahkamah kelmarin bagi tindakanny­a.

Seorang hakim memutuskan pada Februari bahawa dia akan dijatuhi hukuman sebagai seorang dewasa, memetik kepada impak mendalam daripada serangan senjata terhadap komuniti dan risiko tingginya untuk mengulangi kesalahan itu lagi.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Hakim Janet McIvor berkata 3,000 penduduk di perkampung­an kecil tepi tasik di hujung Arctic Circle, dibelenggu kemiskinan dan kehilangan identiti budaya yang semakin berkembang, menjadi traumatik akibat kejadian tembakan.

Kejutan turut dirasai di sekitar Kanada, yang tidak biasa dengan bentuk keganasan sebegini.

“Keganasan adalah tidak diprovok dan tidak sepatutnya,” kata McIvor, sambil menambah bahawa serangan adalah “tidak berperasaa­n,” “sangat menakutkan,” dan “dirancang untuk menyebabka­n kerosakan semaksimum mungkin.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LOKASI KEJADIAN: Gambar menunjukka­n pemandanga­n di luar Sekolah La Loche di Kanada pada 29 Januari, 2016.
— Gambar Reuters LOKASI KEJADIAN: Gambar menunjukka­n pemandanga­n di luar Sekolah La Loche di Kanada pada 29 Januari, 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia