Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Myanmar ditangkap bersama metamfetam­in $3.6 juta di Rakhine

-

YANGON: Seorang anggota tentera Myanmar dan dua orang awam di utara wilayah Rakhine telah ditangkap bagi satu timbunan pil metamfetam­in bernilai $3.6 juta, kata pihak berkuasa, ketika perdaganga­n dadah mewah membelengg­u wilayah yang berdepan dengan penyingkir­an kejam tentera terhadap penduduk Islam Rohingya.

Prebet Tentera Aung Kyaw Naing dan seorang penduduk kampung Aung Than Htay ditangkap di sebuah pos pemeriksaa­n di pekan Rathedaung di Rakhine pada 7 Mei bersama hampir 200,000 pil meth, menurut satu kenyataan Facebook daripada Jawatankua­sa Maklumat dalam kerajaan.

Polis kemudian memeriksa kediaman ibu penduduk kampung tersebut dan menemui lapan beg besar bahan perangsang di tingkat atas, bernilai $3.6 juta, menurut kenyataan.

Ketiga-tiga mereka ditahan di sebuah balai polis di mana mereka akan berdepan tin- dakan perundanga­n.

“Kami berjaya melakukan rampasan di kampung berdasarka­n maklumat susulan daripada tangkapan pertama,” seorang pegawai antidadah memberitah­u AFP, mengesahka­n kes namun meminta identitiny­a dirahsiaka­n kerana beliau tidak dibenarkan untuk bercakap kepada pihak media.

Pil tersebut telah ditandakan dengan huruf “WY” – cop bagi kumpulan samseng dadah etnik Wa yang membawa keluar meth dan heroin dari bahagian timur laut Myanmar.

Dadah tersebut telah diseludup dari zon “Segitiga Emas” di selatan ke Thailand dan tempat lain, namun satu laluan barat ke Bangladesh – pintu masuk ke pasaran Asia Selatan lain – juga telah berkembang.

Dagangan telah berterusan untuk mengalir keluar melalui Rakhine di sebalik kehadiran kawalan keselamata­n yang ketat sejak pihak tentera melaksanak­an serangan ke- jamnya terhadap komuniti Rohingya pada Ogos lepas.

Lebih 700,000 penduduk minoriti Islam telah melarikan diri dari keganasan ke negara jiran Bangladesh.

PBB berkata kempen itu bersamaan dengan pembersiha­n etnik, namun Myanmar berkata ia hanya menyasarka­n militan Rohingya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia