Utusan Borneo (Sarawak)

17 calon pilihan raya di Mexico dituduh menyamar transjanti­na

-

OAXACA: Pihak berkuasa sedang menyiasat 17 lelaki yang bertanding bagi jawatan datuk bandar dalam pilihan raya Mexico yang akan datang atas tuduhan menyamar sebagai transjanti­na supaya parti mereka akan mencapai kuota jantina.

Skandal tersebut berlaku di wilayah selatan Oaxaca, di mana penduduk asli Zapotec telah lama mempunyai satu tempat istimewa dalam masyarakat bagi apa yang mereka kenali sebagai “muxes” – gay atau lelaki yang tidak pasti jantinanya.

Muxes (disebut sebagai MOO-shays), yang selalunya memakai pakaian wanita, telah dianggap sebagai “jantina ketiga” dalam budaya Zapotec dan diterima sebagai penggerak langkah seksual bagi golongan lelaki muda dan remaja.

Namun 17 daripada 19 muxes bertanding bagi jawatan datuk bandar dalam pilihan raya 1 Julai adalah penipu, menurut aktivis dari Oaxaca Assembly for Diversity.

Kumpulan tersebut telah memfailkan satu aduan pada Isnin lepas dengan pihak berkuasa pilihan raya negeri menyatakan bahawa pakatan untuk 17 calon, Mexico in Front (Por Mexico al Frente), telah cuba untuk membenarka­n lelaki sebagai muxes bagi mematuhi kuota mengenai kesamaan jantina.

Di bawah satu perubahan pilihan raya 2014, beberapa parti Mexico dikehendak­i untuk mengemukak­an jumlah yang sama bagi calon lelaki dan wanita untuk pejabat persekutua­n dan tempatan.

Pihak berkuasa pilihan raya Oaxaca telah membuka satu siasatan mengenai kes tersebut.

Sekiranya pakatan berbohong mengenai status jantina calon- calonnya, ia akan didenda dan dilarang dari bertanding dalam pertanding­an yang dipersoalk­an, kata pihak berkuasa.

Kawasan utama bagi budaya ‘muxes’ adalah Juchitan de Zaragoza, sebuah pekan asli dengan seramai 75,000 penduduk.

Kumpulan hak peribumi Melendre menganggar­kan terdapat 5,000 ‘muxes’ di sana, dengan lebih ramai lagi di kampung-kampung berhampira­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia