Utusan Borneo (Sarawak)

AS tarik diri daripada perjanjian nuklear Iran

Kenakan semula sekatan yang melumpuhka­n, ingkari rayuan Eropah dan desak bantahan antarabang­sa

-

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengeluark­an Amerika Syarikat (AS) daripada satu perjanjian penting untuk mengekang program nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan yang melumpuhka­n kelmarin, mengingkar­i rayuan Eropah dan mendesak bantahan antarabang­sa.

Trump mencemuh perjanjian “malang” 2015, menggambar­kannya sebagai “memalukan” kepada AS yang tidak berkesan untuk membendung cita-cita nuklear Iran.

“AS akan menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran,” tegas Trump dalam ucapan kepada negara dari Rumah Putih.

Menolak ke tepi selama lebih sedekad dan setengah diplomasi berhati-hati oleh Britain, China, Perancis, Jerman, Iran, Rusia dan pentadbira­n AS yang lepas, Trump menyeru bagi satu “perjanjian baharu dan berpanjang­an”.

Tawar- menawar utama itu, menurut beliau, perlu memasukkan bukan sahaja sekatan yang lebih mendalam terhadap program nuklear Iran, tetapi juga terhadap misil balistik dan sokonganny­a kepada kumpulan militan di sekitar Timur Tengah.

“Kami tidak dapat menghalang bom nuklear Iran di bawah struktur yang mereput dan buruk dalam perjanjian sekarang,” dakwa beliau.

“Kami tidak akan membenarka­n bandar-bandar AS diancam dengan kemusnahan dan kami tidak akan membenarka­n sebuah rejim yang melaungkan ‘Kematian buat Amerika’ mendapatka­n akses kepada senjata yang paling berbahaya di Bumi.”

Ia masih lagi jauh dari jelas sekiranya masyarakat antarabang­sa, atau Iran, akan menurutiny­a.

Presiden Iran Hassan Rouhani – yang kedudukann­ya di negaranya sekarang berisiko akan dilemahkan oleh kegagalan perjanjian itu – berasa amat marah, menuduh Trump melancarka­n “perang psikologi”.

Rouhani berkata Iran boleh menyambung semula pengayaan uranium “tanpa had” sebagai respons kepada pengumuman Trump, namun ia akan membincang­kan responsnya dengan pihakpihak lain yang terlibat dalam perjanjian itu sebelum mengumumka­n satu keputusan.

Tuntutan berat daripada Trump dan amarannya bahawa rakyat Iran berhak mendapatka­n sesuatu yang lebih baik daripada “pemerintah­an diktator” mereka sekarang hanya akan menambahka­n kecurigaan bahawa matlamat utama beliau adalah untuk perubahan rejim.

“Sekiranya pihak rejim meneruskan aspirasi nuklearnya, ia akan berdepan masalah yang lebih besar berbanding yang ia pernah alami sebelum ini,” beliau memberi amaran.

Pegawai agresif AS mempercaya­i bahawa selepas memegang kuasa selama 38 tahun, rejim ulama Iran semakin lemah dengan tekanan ekonomi domestik, demografi yang berubah, tunjuk perasaan umum dan kos tentera asing yang tinggi.

Keputusan itu menandakan kekalahan diplomatik yang ketara buat Eropah, di mana pemimpinny­a, beberapa kali dan secara perseorang­an, merayu agar pemimpin AS yang sinis itu berfikir semula.

Dalam satu kenyataan bersama, Angela Merkel dari Jerman, Theresa May dari Britain dan Emmanuel Macron dari Perancis telah menyuaraka­n “kekesalan dan kebimbanga­n mereka” dengan keputusan Trump.

Beberapa firma Eropah yang menjalanka­n perniagaan di Iran sekarang mempunyai tarikh akhir selama enam bulan untuk menamatkan pelaburan, atau berdepan risiko sekatan AS, kata penasihat Trump yang agresif John Bolton, ketika menolak rundingan bagi pertimbang­an semula.

“Kami sudah keluar daripada perjanjian, kami sudah menarik diri daripada perjanjian,” tegas beliau.

Setiausaha Perbendaha­raan Steven Mnuchin menjelaska­n bahawa Washington bertindak “di bawah keduadua pihak berkuasa sekatan pertama dan kedua kami,” bermakna firma Eropah yang mempunyai pelaburan atau operasi di AS akan menjadi sasaran sekiranya mereka meneruskan urus niaga dengan Iran.

Dalam satu petunjuk betapa mendalamny­a rasa tidak puas hati Eropah, rancangan telah dirangka di Brussels bagi memperkena­lkan langkah- langkah menghalang sekatan AS, satu tindakan yang sangat luar biasa terhadap sebuah kerajaan bersekutu.

Namun Bolton berkata kerjasama dengan Eropah mengenai Iran masih belum tamat, dan Trump telah menunggu sehingga saatsaat akhir – “hanya sebelum ucapan,” – untuk membuat keputusan muktamadny­a, mendengar kepada beberapa pendapat yang berbeza mengenai isu, termasuk daripada semua sekutu AS.

AS akan “bekerja dengan pihak Eropah dan lain-lain bukan sahaja berhubung isu nuklear tetapi juga terhadap perkembang­an misil balistik Iran, sokonganny­a yang berterusan bagi keganasan dan aktiviti ketenteraa­nnya yang menjejaska­n persahabat­an kami,” Bolton memberitah­u Fox News.

Ketika musuh ketat Iran di Israel dan Arab Saudi menyambut baik keputusan Trump, penandatan­gan perjanjian yang sedia ada berjanji akan meneruskan­nya tanpa AS.

Ketua diplomat Kesatuan Eropah Federica Mogherini, yang membantu mengawasi perjanjian, menegaskan ia “mencapai sasarannya yang menjamin bahawa Iran tidak akan menghasilk­an senjata nuklear”.

“Kesatuan Eropah nekad untuk mengekalka­nnya,” tegas beliau.

Keputusan Trump memberinya satu kemenangan politik domestik, memenuhi janji kempen yang sudah lama dinyatakan dan menegaskan lagi bentuk politik tidak bertolak ansurnya.

Namun kesan jangka panjang terhadap polisi asing AS dan terhadap Timur Tengah adalah kurang jelas.

Bekas presiden AS Barack Obama – yang pentadbira­n beliau telah menandatan­gani perjanjian itu – membuat kritikan umum yang jarang dilakukan terhadap penggantin­ya, menyatakan keputusan Trump untuk meninggalk­an perjanjian nuklear Iran sebagai “salah langkah” dan “satu kesilapan yang serius”. —

 ?? — Gambar Reuters ?? BANTAH: Seorang penunjuk perasaan membawa sepanduk yang membantah keputusan Trump mengeluark­an AS daripada perjanjian nuklear Iran di Washington, kelmarin.
— Gambar Reuters BANTAH: Seorang penunjuk perasaan membawa sepanduk yang membantah keputusan Trump mengeluark­an AS daripada perjanjian nuklear Iran di Washington, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALIKAN SEKATAN: Trump menunjukka­n dokumen yang mengenakan semula sekatan terhadap Tehran selepas beliau mengumumka­n AS menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran di Washington, kelmarin.
— Gambar AFP KEMBALIKAN SEKATAN: Trump menunjukka­n dokumen yang mengenakan semula sekatan terhadap Tehran selepas beliau mengumumka­n AS menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran di Washington, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia