Utusan Borneo (Sarawak)

Bas ke-10 terbakar di Rom tahun ini

-

ROM: Sebuah bas di Rom terbakar kelmarin, insiden ke- 10 seumpamany­a pada tahun ini di bandar raya itu, sekali gus menyelubun­gi ibu kota dengan awan asap hitam tebal di mana pengangkut­an awam sering berdepan dengan kritikan hebat.

Pegawai dari syarikat pengangkut­an Rom ( ATAC) dengan cepat mengesahka­n tidak ada orang cedera dalam insiden itu dan berkata pemandu telah mengeluark­an penumpang sebelum bas diselubung­i api kuning yang tebal.

Kebakaran itu berlaku di salah sebuah kawasan paling disukai pelancong di bandar raya berkenaan, hanya beberapa langkah sahaja dari Trevi Fountain yang masyhur.

ATAC dan pihak berkuasa bandar raya mengumumka­n mereka sudah membuka siasatan untuk mengetahui punca kebakaran, yang merupakan satu dalam senarai insiden sama yang panjang: kira-kira 30 kebakaran atas bas-bas di Rom direkodkan pada 2017 dan kebakaran kelmarin adalah yang ke-10 pada tahun ini.

Media Itali sering mengkritik senggaraan buruk ke atas armada bas di Rom, yang pada puratanya berusia kirakira 12 tahun, selain trem di bandar raya tersebut yang kerap rosak.

Warga Rom memberi respons yang cepat kepada insiden itu dalam media sosial dengan kesinisan apabila hashtag #Atac trending dalam Twitter.

“Di Rom, saya sudah lama berhenti dikejutkan oleh bas terbakar, lebih daripada segalanya saya takjub untuk mengetahui bahawa bas 63 sebenarnya datang sekali dalam seketika” tulis seorang pengguna Twitter.

Ketika melawat bangkai bas yang rentung, pegawai bandar raya Linda Meleo memberi jaminan “200 bas baharu” telah diedarkan sejak Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi, yang datang dari Pergerakan Lima Bintang yang antikeraja­an, dipilih dua tahun lalu.

Beliau menambah 600 bas baharu, yang berharga 170 juta euro (RM816 juta), akan memberi khidmat dalam masa tiga tahun akan datang.

Menurut laporan ATAC, 36 peratus bas di Rom tidak diedarkan kerana rosak atau menjalani penyelengg­araan dan kerja membaik pulih.

Pada tahun lepas, bekas ketua ATAC, Bruno Rota, mengecam kadar tinggi pemandu bas yang tidak turun bekerja serta risiko kebankrapa­n bagi syarikat perbandara­n berkenaan yang sudah mengumpul hutang sebanyak 1.3 bilion euro (RM6.24 bilion).

 ?? — Gambar AFP ?? HANGUS: Anggota bomba menyembur air di atas sebuah bas yang terbakar di Rom, Itali kelmarin.
— Gambar AFP HANGUS: Anggota bomba menyembur air di atas sebuah bas yang terbakar di Rom, Itali kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia