Utusan Borneo (Sarawak)

Calon pilihan raya ke-6 ditembak mati di Mexico sepanjang 10 hari

-

ACAPULCO: Seorang calon bagi badan perundanga­n negeri dalam pilihan raya akan datang di Mexico telah ditembak mati, kata pihak berkuasa kelmarin, sekurang-kurangnya ahli politik yang keenam dibunuh sepanjang tempoh 10 hari lepas dalam apa yang menjadi satu kempen dicemari darah.

Abel Montufar Mendoza, datuk bandar yang bertanding bagi kerusi badan perundanga­n di negeri kejam Guerrero, ditemui mati di dalam keretanya di bandar Ciudad Altamirano, menurut Roberto Alvarez Heredia, jurucakap keselamata­n di negeri tersebut.

“Kami mengesahka­n bahawa mayat itu adalah calon badan perundanga­n negeri Abel Montufar Mendoza,” yang bertanding mewakili pemerintah Parti Revolusi Keinstitus­ian (PRI), kata Alvarez.

Mayat calon itu mempunyai kesan tembakan dan berbogel dari bahagian pinggang ke bawah, kata sumber polis yang bercakap dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n.

Sekurang-kurangnya enam calon pilihan raya umum 1 Julai telah dibunuh sekarang sejak 29 April dalam pelbagai insiden di seluruh negara.

Berbelas lagi dibunuh sejak musim pilihan raya bermula September lepas.

Keselamata­n awam merupakan salah satu isu paling besar dalam kempen, selepas Mexico mendaftark­an sebanyak 25,000 pembunuhan pada tahun lepas.

Sejak kerajaan mengarahka­n pihak tentera memerangi kartel dadah pada 2006, negara itu mendaftark­an lebih 200,000 homisid, walaupun statistik tidak mengesan berapa banyak mempunyai kaitan dengan jenayah terancang. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia