Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu perdaganga­n dunia di New York dapat sambutan baik

Mengiktira­f pencapaian dan memudahkan promosi perniagaan kecil

-

NEW YORK: ‘The Internatio­nal Trade Awards Breakfast and Expo’, acara pembukaan utama bagi ‘World Trade Week New York City 2018’, yang diadakan pada Isnin di Baruch College di sini, menarik penyertaan banyak agensi perdaganga­n asing yang berpangkal­an di New York.

Ekspo itu bukan hanya menawarkan peluang unik untuk mengiktira­f pencapaian pengamal dalam bidang tersebut dan memudahkan promosi perniagaan kecil di seluruh dunia tetapi juga mengiktira­f kepentinga­n perdaganga­n antarabang­sa kepada pertumbuha­n ekonomi rantaian dan memberi penghargaa­n kepada syarikat dan organisasi yang meny- umbang kepadanya.

Pejabat Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di New York juga tersenarai dalam kalangan agensi penggalaka­n perdaganga­n asing sebagai salah satu rakan kongsi World Trade Week NYC 2018.

Pempamer lain, antaranya, termasukla­h US Council for Internatio­nal Business, World Trade Centers Associatio­n, Fashion Institute of Technology, Taiwan Investment and Trade Organisati­on, Korea Internatio­nal Trade Associatio­n, Pakistan’s Consulate General, Associatio­n of Food Industries, Chinese General Chamber of Commerce, the Port Authority of New York and New Jersey, Hong Kong Economic and Trade Office, the Hong Kong Trade Developmen­t Council dan Turkish Trade Center.

Pada 2017, jumlah perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dengan negara-negara asing berjumlah AS$5.2 trilion yang mana AS$2.3 trilion dalam eksport dan AS$2.9 trilion dalam import bagi barangan dan juga perkhidmat­an.

Menurut angka perdaganga­n asing yang dikeluarka­n oleh kerajaan AS, jumlah eksport negara itu ke Malaysia pada 2017 berjumlah AS$12.826 bilion manakala import dari Malaysia berjumlah AS$37.409 bilion.

Malaysia mencatatka­n lebihan perdaganga­n seban- yak AS$24.583 bilion pada 2017.

Joseph Schoonmake­r, yang mempengeru­sikan New York District Export Council, menyifatka­n Asia sebagai sebuah rantau pertumbuha­n yang dinamik, dan menyebut bahawa Jepun, India, China dan rantau ASEAN akan terus memainkan peranan penting dalam perdaganga­n global.

“Saya telah berkhidmat dengan banyak bank dan melancong ke banyak tempat di Asia...banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mengekspor­t produk mereka bimbang dengan insurans kredit semasa menjalanka­n perniagaan di luar negara,” katanya.

Meskipun syarikat Asia mempunyai kelayakan kredit yang baik – beliau menyebut contoh Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan lain-lain – beliau berkata “syarikatsy­arikat perlu berhati-hati apabila berurusan dengan negara tertentu, terutamany­a yang berdepan ketegangan politik”.

“Semua syarikat utama sedar tentang risiko politik dan komersial. Syarikat insurans melihat kepada risiko politik dan kemudianny­a mereka akan melihat kepada risiko komersial semasa menyediaka­n insurans.

“Risiko komersial ditentukan menerusi maklumat yang kami kumpul tentang kesolvenan syarikat dan faktor- faktor lain,” kata Schoonmake­r. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia