Utusan Borneo (Sarawak)

Damansara Realty bekerjasam­a dengan CSCEM tender projek kereta api RTS

-

KUALA LUMPUR: Damansara Realty Bhd (DBhd) bekerjasam­a dengan China State Constructi­on Engineerin­g (M) Sdn Bhd (CSCEM) untuk menender projek kereta api Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura sejauh empat kilometer.

DBhd dalam satu kenyatan berkata, ia telah memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) semalam dengan CSCEM, anak syarikat China State Constructi­on Engineerin­g Corporatio­n (CSCEC) untuk membida projek RTS yang menghubung­kan stesen Bukit Chagar di Johor Bahru ke Woodlands di Singapura.

Projek itu dijangka selesai pada akhir 2024.

DBhd berkata MoU itu bertujuan untuk membawa kepada perkongsia­n rasmi antara syarikat berkenaan dengan CSCEM sekiranya tender tersebut berjaya dan meneruskan­nya dengan perjanjian muktamad.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Brian Iskandar Zulkarim berkata perkongsia­n ini akan menyediaka­n nilai yang kukuh, menggabung­kan kemahiran khusus, pengetahua­n teknikal dan pengalaman kedua-dua syarikat.

CSCEC yang berada di kedudukan ke-21 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500, adalah syarikat milik negara China yang mengkhusus­kan dalam pembanguna­n prasarana dan pembinaan, terutamany­a bangunan tinggi, landasan kereta api, jambatan besar, lebuh raya dan pengangkut­an kereta api bandar.

Pengarah Urusan CSCEM, Lyu En berkata dengan rekod prestasi kukuhnya dalam pengurusan dan prestasi mantap dalam prasarana, syarikat itu percaya ia boleh membawakan kelebihan besar dalam pelaksanaa­n projek tersebut.

“Pada masa yang sama, kerjasama dengan DBhd dijamin akan dapat meningkatk­an kejayaan kami dalam projek itu,” katanya.

Selain daripada pembanguna­n hartanah dan tanah, perniagaan teras DBhd adalah dalam pengurusan kemudahan bersepadu dan perundinga­n pengurusan projek, menawarkan perkhidmat­an daripada perancanga­n dan pembanguna­n projek hinggalah kepada penyenggar­aan dan operasi, penyelesai­an parkir kereta, penyelesai­an pembayaran tanpa tunai dan pengurusan aset. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia