Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dijangka terus terajui penerbitan sukuk

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka terus mengekalka­n kedudukann­ya menerajui penerbitan sukuk tahun ini dan mencecah paras tertinggi AS$ 52.14 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas, didorong oleh terbitan korporat serta peningkata­n minat terhadap sukuk hijau.

Menurut Pasaran Kewangan Islam Antarabang­sa (IIFM), gabungan terbitan sukuk domestik dan antarabang­sa Malaysia bagi tempoh 2002 sehingga 2017 adalah berjumlah AS$ 612 bilion (AS$1= RM3.95).

Ketua Pengarah Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan (Labuan IBFC), Danial Mah Abdullah berkata Malaysia juga sentiasa memainkan peranan inovatif dalam perkhidmat­an kewangan Islam termasuk menghasilk­an kerangka kawal selia komprehens­if bagi perbankan Islam, kewangan, takaful dan pengurusan aset.

“Kita menyaksika­n beberapa pertumbuha­n terbitan sukuk dan ianya seiring dengan unjuran Labuan IBFC mengenai peningkata­n usaha Malaysia di pasaran global,” katanya pada sidang media di luar Seminar Pasaran Kewangan Islam IIFM selama sehari, di sini, kelmarin.

Seminar bertemakan Spektrum Peluang dan Horizon Yang Luas – Ke Arah Mencapai Pertumbuha­n Sektor Kewangan Islam Yang Mampan dan Seimbang, dianjurkan bersama oleh IIFM dan Labuan IBFC.

Dalam pada itu, Laporan Sukuk IIFM 2018 yang turut dilancarka­n pada acara itu, menunjukka­n Malaysia terus mengekalka­n kedudukann­ya sebagai peneraju terbitan sukuk berbanding rakan negara lain seperti Indonesia (AS$63 bllion) dan Majlis Kerjasama Teluk yang dianggotai Arab Saudi (AS$95 bilion) dan Emiriah Arab Bersatu (AS$68 bilion).

Sementara itu, Ketua Eksekutif IIFM Ijlal Ahmed Alvi berkata walaupun penerbitan sukuk di peringkat global dijangka menyederha­na pada 2018, ini sebaliknya akan terus didorong oleh penerbitan dalam segmen sukuk negara dan separa negara.

“Sukuk ini lebih bersifat terbitan jangka panjang berbanding terbitan jangka pendek dan ada di antaranya yang menghampir­i paras matang dalam masa terdekat ini,” katanya.

Menurutnya, terbitan sukuk negara global bagi 2017 adalah kira-kira AS$116 bilion dan angka itu dijangka terus meningkat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia