Utusan Borneo (Sarawak)

Pewujudan nilai pemegang saham kekal keutamaan TNB

-

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan terus menjadikan pewujudan nilai pemegang saham sebagai keutamaan dalam perniagaan­nya, disokong oleh landskap industri yang stabil yang dipermudah­kan menerusi rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) dan mekanisme ketidaksei­mbangan pelepasan kos bahan api (ICPT).

Sejak pelaksanaa­n pertamanya pada Mac 2015, ICPT secara konsisten telah mengimbang­i TNB daripada kesan turun naik kos penjanaan dan harga bahan api, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

Tempoh kawal selia pertama berakhir pada Disember 2017, di mana semasa itu kerajaan meluluskan tujuh kitaran pelaksanaa­n ICPT.

Bagi tempoh kawal selia semasa (2018-2020), kerajaan memutuskan untuk mengekalka­n kadar sedia ada dalam jadual tarif daripada tempoh kawal selia pertama, dengan rebat ICPT dikekalkan pada 1.52 sen/kWj bagi tempoh pelaksanaa­n ICPT dari 1 Jan hingga 30 Jun, 2018.

“Termasuk dalam kadarkadar ini adalah elaun modal baharu bagi TNB untuk melabur bagi menambah baik lagi dan memodenkan grid kita.

“( Justeru), kami terus menjadikan pewujudan nilai pemegang saham sebagai keutamaan bagi perniagaan kami. Kami bangga semasa tempoh empat bulan kajian semula, prestasi kami mengekalka­n pewujudan nilai bagi anda, pemegang saham kami, menyediaka­n jumlah pulangan pemegang saham 6.7 peratus dalam tempoh kewangan empat bulan yang berakhir 31 Dis, 2017,” kata Azman dalam laporan tahunan interim (IAR) syarikat itu yang dikeluarka­n baru-baru ini.

IAR, yang dikeluarka­n berikutan perubahan pengakhira­n tahun kewangan TNB dari 31 Ogos kepada 31 Dis, adalah bagi tempoh dari 1 Sept, 2017 kepada 31 Dis, 2017.

Kemudianny­a tahun kewangan akan balik kepada 12 bulan yang berakhir pada 31 Dis.

Beliau berkata pihak pengurusan gembira mencapai pulangan pemegang saham bagi memastikan penyediaan sistem elektrik di Malaysia setanding dengan sistem yang mencatatka­n prestasi terbaik.

“Prestasi industri elektrik kita diperkukuh­kan lagi den- gan Malaysia disenaraik­an di kedudukan kelapan dalam laporan ‘Getting Electricit­y in the World Bank’s Doing Business 2018 Report’ (Menyediaka­n bekalan elektrik dalam laporan menjalanka­n perniagaan Bank Dunia 2018).

“Pencapaian ini jelas menunjukka­n nilai yang kami sediakan kepada anda, pemegang saham kami, serta dalam meningkatk­an landskap tenaga,” katanya.

Mengenai prospek masa depan, Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata industri tenaga masih kekal menarik berikutan perkembang­an pesat dalam landskap kawal selia serta trend pengguna dan tenaga.

“Dalam keadaan ini, kami yakin pelan strategik 10 tahun kami, yang dilancarka­n tahun lepas, telah memperkena­lkan langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan pertumbuha­n dan kemampanan bagi TNB,” katanya.

Moggie berkata, syarikat utiliti itu yakin tempoh kawal selia akan datang akan terus menyokong asas-asas syarikat tersebut di samping memastikan penyediaan nilai yang berterusan bagi pemegang saham dan semua pemegang kepentinga­n lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia