Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Rakyat raih Anugerah Majikan 1Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat meraih Anugerah Majikan 1Malaysia dalam kategori Organisasi Besar/Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Anugerah Majikan 1Malaysia itu dianjurkan bersama oleh Kementeria­n Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), sebagai menghargai majikanmaj­ikan utama negara yang memberi sumbangan kepada pembanguna­n kemahiran, pengetahua­n, produktivi­ti dan keupayaan pekerja menerusi strategi dan amalan sumber manusia yang cemerlang.

Bank koperasi Islam itu dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaik­an anugerah tersebut kepada pengerusin­ya Tan Sri Shukry Mohd Salleh semasa sambutan Hari Pekerja baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pegawai Modal Insan Bank Rakyat, Mohd Farid Shah Mohd Basir berkata anugerah itu merupakan pengiktira­fan terhadap inisiatif transforma­si perniagaan bank tersebut.

“Memenangi anugerah itu membuktika­n komitmen Bank Rakyat dalam menyediaka­n persekitar­an kerja yang kondusif, dinamik dan memberi inspirasi yang menawarkan peluang kepada pekerja untuk merealisas­ikan potensi penuh mereka,” katanya.

Bank itu juga baru-baru ini menerima pengiktira­fan di Kongres HRD Sedunia 2018 ke-26 yang diadakan di Mumbai.

Ia merangkul tiga anugerah utama di sana, termasuk Inovasi dalam Pengambila­n Pekerja, Perantisan Terbaik dan Penggunaan Media Digital dalam Pengambila­n Pekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia