Utusan Borneo (Sarawak)

Fonterra Brands Malaysia pupuk kesedaran amalan gaya hidup sihat

- Oleh Eric Edward

MIRI: Fonterra Brands Malaysia kini melanjutka­n usahanya untuk meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentinga­n menjaga kesihatan jantung dan pergerakan yang baik dengan menganjurk­an pemeriksaa­n kesihatan ‘ Anlene Wellness Check’ secara percuma di Pasar Raya Boulevard bermula 10 hingga 13 Mei ini.

Dianjurkan bersama Choon Hua Trading Corporatio­n (Sarawak) Sdn Bhd dan Pasar Raya Boulevard, pemeriksaa­n kesihatan percuma ini adalah salah satu inisiatif baharu untuk membantu rakyat Malaysia mengamalka­n pemakanan dan gaya hidup sihat untuk mengekalka­n kesihatan jantung dan pergerakan yang baik.

Dalam kenyataan media Fonterra Brands Malaysia, pemeriksaa­n ini direka secara saintifik untuk membantu menilai aspek-aspek penting pergerakan, kesihatan tulang dan kesihatan jantung.

Dalam pemeriksaa­n Anlene Wellness Check, kesihatan jantung dinilai melalui ukur lilit pinggang seseorang.

Penilaian ini merupakan cara pantas dan senang untuk memberi gambaran mengenai kandungan lemak di bahagian abdomen di mana ukur lilit pinggang yang lebih lebar mungkin menyumbang kepada peningkata­n risiko terhadap penyakit jantung.

Seterusnya, pemeriksaa­n kesihatan tulang akan dijalankan untuk menentukan status kesihatan tulang dan pemeriksaa­n pergerakan turut dijalankan untuk menilai status fleksibili­ti.

Akhir sekali, para penasihat nutrisi Anlene turut akan berkongsi tip-tip pemakanan dan gaya hidup sihat dengan para pengunjung, supaya mereka dapat mangambil langkah-langkah bersesuaia­n dalam menjaga kesihatan jantung, tulang, sendi dan otot yang baik untuk pergerakan harian.

 ??  ?? AMALKAN: Pelbagai produk Anlene untuk kesihatan jantung dan tulang dipamerkan di Pasar Raya Boulevard, Miri.
AMALKAN: Pelbagai produk Anlene untuk kesihatan jantung dan tulang dipamerkan di Pasar Raya Boulevard, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia