Utusan Borneo (Sarawak)

F&N catat keuntungan RM92.6 juta untuk suku kedua

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Fraser & Neave (F&N) Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 31 Mac, 2018, susut 13.6 peratus kepada RM92.6 juta daripada RM107.1 juta tahun lalu.

Perolehan bagaimanap­un, meningkat 2.2 peratus kepada RM1.01 bilion daripada RM992.7 juta sebelumnya, berikutan perolehan yang tinggi untuk makanan dan minuman (F&B) Malaysia, meningkat 7.0 peratus kepada RM581.8 juta daripada RM543.9 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lim Yew Hoe, berkata ia disokong oleh kejayaan promosi Tahun Baharu Cina, termasuk pelancaran edisi terhad Classic F&N Orange Crush dan pertumbuha­n eksport dua angka bagi suku tahun yang dinilai.

Sementara itu, untuk keputusan kewangan setengah tahun pertama berakhir 31 Mac 2018, keuntungan bersih susut 14.9 peratus kepada RM199.4 juta berbanding tempoh sama 2017, manakala perolehan kekal pada RM2.08 bilion.

Di sebalik perolehan yang tinggi pada suku kedua, katanya prestasi setengah tahun pertama F&B Malaysia terjejas oleh penguncupa­n dalam kategori minuman di Malaysia selain banjir di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah pada suku pertama.

Perolehan untuk F& B Malaysia rendah sedikit sebanyak 0.7 peratus kepada RM1.18 bilion untuk setengah tahun pertama berbanding RM1.19 bilion setahun lalu.

Dalam perkembang­an sama, Pengerusi, Tengku Syed Badarudin Jamalullai­l, berkata suasana perniagaan di Malaysia dan Thailand akan berterusan mencabar dengan sentimen pelanggan yang lemah dan berpanjang­an serta tekanan harga kompetitif yang kuat.

“Di sebalik cabaran ini, kami akan kekal berhati-hati dan mengambil tindakan tegas dalam menguruska­n perubahan terhadap suasana luaran bagi memastikan pertumbuha­n yang mampan perniagaan kami,” tambahnya.

Untuk masa hadapan, syarikat berkenaan berkata, ia akan terus memanfaatk­an inovasi bagi menawarkan produk baharu dan unik, terutama yang bercirikan kesihatan dengan memperkena­lkan kandungan rendah gula dan kemampuan pengguna dari segi saiz dan harga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia