Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia amat pentingkan kos, teknologi ketika melancong: Expedia

-

KUALALUMPU­R: Kalangan rakyat Malaysia merupakan antara kelompok pengembara di Asia yang amat mengutamak­an soal kos selain cenderung kepada teknologi, demikian menurut dapatan kaji selidik oleh Brand Expedia.

Hasil kaji selidik Global Flight and Hotel Etiquette Study 2018 oleh syarikat penerbanga­n global itu menunjukka­n 97 peratus pengembara Malaysia menganggap harga sebagai keutamaan apabila membuat pilihan tempahan perjalanan udara dan sewaktu mengambil kira jumlah kos penerbanga­n terbabit.

“Malah, sikap perbelanja­an berhemat rakyat Malaysia itu turut ketara apabila mengutamak­an soal harga apabila membuat tempahan hotel. Ini jelas terbukti apabila 74 peratus daripada mereka menyi- fatkan soal harga sebagai amat penting diikuti oleh khidmat WiFi percuma (71 peratus) dan lokasi (63 peratus),” kata kaji selidik berkenaan.

Rakyat negara lain yang turut menitikber­atkan soal harga adalah dari Brazil, Kanada, Amerika Syarikat dan Singapura.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Rantau Asia Brand Expedia, Lavinia Ra- jaram berkata kesemua faktor membabitka­n penerbanga­n, etiket atau adab dan bajet menjadi keutamaan rakyat Malaysia.

Dalam kaji selidik Expedia Vacation Deprivatio­n Study 2017, beliau berkata soal kemampuan menjadi faktor utama mengapa ramai rakyat Malaysia tidak dapat bercuti secukupnya.

Malah, jika mereka mem- buat pilihan untuk bercuti, kos keseluruha­n penerbanga­n dan penginapan menjadi aspek yang amat dipertimba­ngkan.

Selain menumpukan pola tempahan dan penerbanga­n pengembara di peringkat global, kaji selidik itu juga mengetenga­hkan beberapa sikap yang turut memberi kesan kepada pihak lain.

Bagi aspek penginapan misalnya, keadaan bilik yang kotor, rasa kurang senang terhadap keadaan keseluruha­n bilik serta jiran yang bising merupakan antara alasan untuk menukar bilik.

Bagi rakyat Malaysia, alasan untuk bertukar bilik adalah apabila suhu bilik terlalu sejuk atau panas – rungutan yang turut dikongsi oleh kalangan pengembara dari Singapura, India dan Brazil.

Dari segi keselesaan dalam penerbanga­n, rakyat Malaysia lebih memilih untuk menikmati tidur yang baik diikuti aspek hiburan serta mendengar muzik.

Bagi pilihan hotel pula, rakyat Malaysia memilih untuk menginap dalam hotel yang menyediaka­n kemudahan Wi-Fi serta kelengkapa­n penjagaan diri percuma selain pemberian cenderahat­i. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia