Utusan Borneo (Sarawak)

Subsidiari Harrison ambil alih 100% kepentinga­n dalam Famous Amos

-

KUALA LUMPUR: Subsidiari dengan pemilikan tidak langsung sebanyak 51 peratus Harrisons Holdings (M) Bhd, Famous Food Company Pte Ltd telah memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi memperoleh 100 peratus kepentinga­n dalam Famous Amos Chocolate Chip Cookie Singapore Pte Ltd.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini berkata ia telah menandatan­gani satu MoU dengan tiga penjual iaitu Shiak Esa Taha Mattar, Yeo Geok Cheo dan Anne Leong Sau Leng bagi pembelian sebanyak 800,000 saham biasa AMOS mewakili kesemua kepentinga­n ekuiti dengan harga S$5.7 juta (S$1 = RM2.9458).

Pembelian, pemindahan dan pembayaran ‘Penjualan Saham’ terbabit telah dipecahkan kepada dua bahagian, satu sebanyak 80 peratus saham selepas Perjanjian Penjualan dan Pembelian (SPA) dan sebahagian 20 peratus lagi akan dibuat dalam tempoh 36 bulan dari tarikh selesainya SPA berkenaan.

Menurut Harrisons lagi, selepas pemeteraia­n dan siapnya SPA tersebut, AMOS akan menjadi subsidiari tidak langsung 51 peratus syarikat itu.

Ia merancang untuk memperoleh peruncitan utama berkonsep kedua selepas membuat pembelian sebanyak 100 peratus dalam Watts Harrisons Sdn Bhd, baru-baru ini, yang merupakan produk harga seragam dalam peruncitan dan pemboronga­n di bawah jenama KOMONOYA di Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Perniagaan Amos sudah terkenal sejak diasaskan di Singapura pada 1983 dan ia amat menguntung­kan.

“Harrisons merancang untuk berkembang ke kawasankaw­asan serantau melalui jenama ini dan Komonoya. Pengambila­lihan ini akan membolehka­n syarikat mengambil kesempatan daripada platform pengembang­an luar negaranya bagi memperluas­kan perniagaan pengedaran dan pemboronga­nnya.

Cadangan urus niaga itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham, pendapatan sesaham, aset bersih, polisi dividen dan penggearan kumpulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia