Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Informasi SCENTS pada Khamis

-

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir ke Hari Informasi SCENTS (Sabah Cheap and Efficient Nursery Tank System) yang dianjurkan oleh Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KoNelayan) pada Khamis ini.

Bertempat di Kompleks Pembenihan dan Asuhan Ikan Marin Ko Nelayar, Laya-Laya Tuaran, acara akan bermula pada jam 8.30 hingga 10.30 pagi dan masuk adalah percuma.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Ko Nelayan Caroline John Bosuin berkata objektif program itu adalah mempromosi­kan sistem SCENTS ke- pada penternak dan pengusaha ikan marin di negeri ini dan menyediaka­n platform kepada mereka yang berminat dalam penternaka­n ikan mendapatka­n maklumat berkaitan benih dan ternakan ikan marin.

“Program ini juga mampu membantu peternak, pengusaha meningkatk­an hasil pengeluara­n dan pendapatan mereka melalui sistem SCENTS, dan sekali gus membantu kerajaan dalam meningkatk­an bekalan sumber protein negara khususnya negeri Sabah,” katanya.

Tambahnya lagi, program berkenaan juga mampu melahirkan lebih ramai penternak, pengusaha yang berinforma­si dalam bidang baharu serta kreatif dan berinovasi.

Program ini juga mempromosi­kan Ko-Nelayan sebagai agensi kerajaan yang menyediaka­n benih ikan marin yang berkualiti untuk penternak, pengusaha sangkar dan kolam.

Pada program itu, mereka yang hadir akan dibawa melawat di sekitar projek sisten SCENTS sambil diberi penerangan serta perbincang­an secara santai.

Untuk keterangan lanjut hubungi Burhan Japar di talian 010-9553161 untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? DILANCAR: Norsiah (dua kanan) melancarka­n Logo PIBG SK Pekan Satu sambil diperhatik­an Zaliha, Anita (dua kiri) dan Mamduh (kiri) di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.
DILANCAR: Norsiah (dua kanan) melancarka­n Logo PIBG SK Pekan Satu sambil diperhatik­an Zaliha, Anita (dua kiri) dan Mamduh (kiri) di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia