Utusan Borneo (Sarawak)

Norsiah lancar Logo PIBG SK Pekan Satu

-

LABUAN: Isteri Bapa Angkat Korporat Sekolah Kebangsaan Pekan Satu Datuk Seri Mohd Alias Abdul Rahman iaitu Datuk Norsiah Abdullah telah melancarka­n Logo Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu pada Ahad.

Beliau yang juga Pengarah Operasi Labuan Liberty Port Management (LLPM) Sdn Bhd turut melancarka­n Skuad Patrol Denggi Fasa II.

Kedua-dua majlis pelancaran itu diadakan sempena Program 111 Tahun SK Pekan Satu yang dianjurkan PIBG, Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SKPS di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun pada 4- 6 Mei lalu.

Turut diadakan ceramah kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Labuan.

Tuurt hadir, Ketua Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Labuan Zaliha Mohd Salleh, Guru Besar SK Pekan Satu Anita Shyamini A/ P S Azman dan Yang Dipertua PIBG SK Pekan Satu Mamduh Zakaria yang juga penyelaras program.

Hadir sama, Penolong Kanan Pentadbira­n Shawal Abdul Rahman, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Noorlihan Abd Alip, PK Kokurikulu­m Zailiana Zainol, PK Pendidikan Khas Basneh Jamilide serta Setiausaha PIBG Shamila Devi Krishnan.

Anita mengucapka­n terima kasih atas kesudian dan kehadiran Norsiah melancarka­n logo baharu PIBG SK Pekan Satu itu.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada PIBG, guruguru dan ibu bapa yang meluangkan masa menjayakan majlis pelancaran ini. Saya berharap komitmen dan kerjasama semua pihak akan berterusan untuk manfaat SK Pekan Satu secara keseluruha­nnya,” katanya. KINABATANG­AN: FELCRA Berhad telah menyampaik­an sumbangan kepada tiga keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Bersatu Seri Tanjung PPMS Bukit Garam, pagi Selasa.

Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Sabah Irman Abok bersama Pengarah Seranta FELCRA Negeri Sabah OKK Titing Putang telah menziarahi tiga keluarga berkenaan bagi mewakili Pengerusi FELCRA Berhad Dato Sri Bung Moktar Radin.

Sumbangan itu telah disampaika­n oleh Titing kepada ketua-ketua keluarga terlibat.

Kejadian kebakaran itu berlaku pada Ahad lepas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Ma- laysia (JBPM) Kinabatang­an menerima panggilan pada jam 2.36 petang.

Sewaktu kejadian, Bung Moktar yang sedang menghadiri program mesra rakyat telah bergegas ke lokasi kebakaran bagi meninjau serta bertemu mangsa terlibat.

 ??  ?? SIMPATI: Bung Moktar meninjau lokasi kejadian kebakaran dan memberi semangat kepada mangsa.
SIMPATI: Bung Moktar meninjau lokasi kejadian kebakaran dan memberi semangat kepada mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia