Utusan Borneo (Sarawak)

USAHA PROMOSI SADAO SEBAGAI DESTINASI PELANCONGA­N

- Oleh Hasnah Jusid

NAMA Sadao mungkin tidak sehebat Danok atau Hatyai, lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan khususnya pelancong dari luar Thailand termasuk Malaysia.

Namun bandar yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah ini sebenarnya mempunyai beberapa tarikan yang boleh menambat hati pengunjung­nya.

Mengikut catatan sejarah, Sadao yang terletak di Wilayah Songkhla, Thailand ini dan mempunyai penduduk seramai 21,662 orang pernah menjadi sebahagian daripada negeri Kedah.

Rata-rata pendudukny­a terdiri daripada pelbagai kaum dan agama berbeza seperti Buddha, Islam dan Cina dan Siam.

PROMOSI PELANCONGA­N

Sebagai usaha untuk meningkatk­an jumlah pelancong ke daerah ini, Majlis Perbandara­n Sadao baru-baru ini melancarka­n program ‘Sadao Tourism Promotion’.

Penulis turut berpeluang mengikuti program ini bersama-sama beberapa wakil media tempatan.

Majlis yang berlangsun­g di bangunan Elderly’s Center for Quality of Life (ECQL) diserikan dengan perarakan beramai-ramai masyarakat setempat yang berpakaian tradisiona­l Thai dan perasmiann­ya disempurna­kan oleh Timbalan Gabenor Songkhla, Kajornsak Jareonsoph­a.

Datuk Bandar Sadao, Sumet Sasithon memberitah­u Bernama, sebagai menyokong program ‘Amazing Thailand Tourism 2018’, pihaknya melalui Majlis Perbandara­n Sadao kini giat mempromosi­kan daerah itu sebagai destinasi persinggah­an untuk mereka yang ingin ke Hatyai.

“Kami mengadakan majlis ini untuk mempromosi­kan Sadao sebagai destinasi pelanconga­n yang berpotensi. Tambahan, langkah ini boleh menambah pendapatan penduduk tempatan,“katanya.

GUNUNG KHAO LE TARIKAN UTAMA

Salah satu tarikan yang ada di Sadao ialah Gunung Khao Le. Bagi penggemar aktiviti lasak seperti mengembara berjalan kaki, gunung ini sudah pasti menjadi pilihan sekiranya berkunjung ke bandar ini.

Masyarakat tempatan mengibarat­kan gunung yang berketingg­ian 295 meter ini sebagai ‘gunung tinggi melangit’ .

Menurut salah seorang kakitangan di majlis perbandara­n itu yang mahu dikenali sebagai Annasser, pendakian ke Gunung Khao Le ini pastinya memberikan satu pemandanga­n menakjubka­n terutamnya panorama langit yang terbentang luas.

“Pendakian mungkin mengambil masa tiga hingga empat jam bergantung kepada stamina seseorang,” kata Annasser yang fasih berbahasa Melayu. BANYAK MAKANAN UNIK

Sebut Thailand pastinya ramai yang memikirkan keenakan makanannya dan penulis yang sempat berkunjung ke pasar malam di Sadao mendapati pelbagai makanan yang sedap rasanya.

Terdapat beberapa pasar malam di bandar ini yang dibuka mengikut hari tertentu di beberapa kawasan, antara yang terkenal ialah di Thapuutayy­a yang bermula pada petang Isnin.

Selain itu terdapat beberapa lagi pasar malam yang terkenal di Sadao iaitu di Jalan Thapu I yang dibuka pada hari Jumaat dan Jalan Thapu II yang beroperasi pada Sabtu dan Ahad.

Penulis sempat menjamu selera pelbagai jenis makanan tradisi yang terdapat di pasar malam Sadao, seperti ‘PongNeng’, tepung goreng yang dibentuk seperti bebola sebesar penumbuk tangan yang mempunyai pelbagai jenis perisa.

Turut menarik perhatian penulis ialah hidangan ‘Bua Loy Ka Ti Sod’ ataupun bebola beras yang berwarna warni bersama santan pekat yang dihidangka­n di dalam helaian daun yang berbentuk seperti perahu. Rasanya manis, berlemak dan tekstur bebola berasnya amat lembut.

Hampir kesemua makanan yang penulis cuba tidak menghampak­an, dan penulis merancang untuk berkunjung lagi ke pasar malam ini untuk mencuba makanan-makanan ini.

TARIKAN SERTA KEMUDAHAN LAIN

Terdapat satu mercu tanda Sadao iaitu Taman Buddha yang menempatka­n enam patung utama dalam agama Buddha seperti patung gergasi Dewi Kuan Yin.

Berkeluasa­n lebih 800,000 meter persegi, taman ini yang terletak di atas bukit sering menjadi tumpuan pengunjung terutamany­a yang beragama Buddha.

Pengunjung Malaysia yang memandu kenderaan sendiri ke bandar ini tidak perlu risau mengenai kemudahan kawasan letak kereta.

Ini kerana Majlis Perbandara­n Sadao turut menyediaka­n kemudahan itu di kawasan seluas 2.4 hektar berhampira­n padang sukan Sadao sebagai usaha menggalakk­an pelancong dari Malaysia untuk singgah di bandar berkenaan.

Kawasan letak kereta itu yang dibina dengan kos sekitar 40 juta baht (kira-kira RM5 juta) boleh memuatkan 50 kenderaan dari Malaysia seperti bas dan kereta atau 200 kereta pada satu-satu masa.

“Dengan adanya kemudahan yang terletak 12 kilometer dari pintu sempadan, ia akan membantu mengurangk­an masalah kekurangan parkir apabila ramai pelancong datang ke Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis.

“Selain itu, kita juga akan membina premis perniagaan di kawasan ini serta pasar kraftangan Malaysia-Thailand yang dijangka beroperasi setiap Isnin dan ini menjadikan keseluruha­n kos pembinaan termasuk parkir mencecah 200 juta Baht (RM24.8 juta),” kata Sumet.

UUM-SADAO ERAT HUBUNGAN

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar berkata pihaknya sentiasa menjaga hubungan baik di antara kedua-dua negara melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan bersama.

Antaranya melalui program ‘ThailandMa­laysia Relationsh­ip Sport Tourism 2017’ yang berlangsun­g pada Feb 2017. Seramai 1,300 penunggang basikal dari Thailand berkayuh dari Sadao, Wilayah Songkhla ke kampus Universiti Utara Malaysia.

Program berkenaan bersempena dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Thailand di samping mempromosi­kan sektor pelanconga­n di sepanjang 69 kilometer kayuhan mereka.

Ahmad Zaini turut berharap agar lebih ramai pelancong Thailand singgah melancong dan berkunjung ke tempat menarik di Kedah.

Langkah itu, kata beliau akan mewujudkan situasi menang-menang untuk kedua-dua negara dari aspek pelanconga­n. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TRADISIONA­L: Masyarakat tempatan berpakaian tradisiona­l Thailand menarik perhatian pelancongp­elancong yang hadir pada pelancaran program ‘Sadao Tourism Promotion’ yang berlangsun­g di bangunan Elderly’s Center for Quality of Life’, Sadao baru-baru ini.
— Gambar Bernama TRADISIONA­L: Masyarakat tempatan berpakaian tradisiona­l Thailand menarik perhatian pelancongp­elancong yang hadir pada pelancaran program ‘Sadao Tourism Promotion’ yang berlangsun­g di bangunan Elderly’s Center for Quality of Life’, Sadao baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia