Utusan Borneo (Sarawak)

NAIKKAN SEMULA MARUAH SARAWAK

Awang Mahyan menaruh keyakinan tinggi di bahu barisan pemain muda tempatan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengurus Sarawak, Awang Mahyan Awang Mohamed menaruh keyakinan tinggi di bahu pemain-pemain muda tempatan untuk menyinar sekali gus menaikkan semula maruah skuad Sarawak.

Lantas, beliau menagih aksi mantap barisan muda untuk membantu skuad kendalian Ian Andrew Gillan pada perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan malam esok (Ahad).

Bagi Awang Mahyan, pemain-pemain muda tempatan masih memiliki kualiti dan mampu menggalas tanggungja­wab dengan baik sekiranya diberi peluang oleh ketua jurulatih mereka.

“Saya percaya pemain-pemain tempatan Sarawak boleh melaksanak­an tugas dengan baik jika diberi peluang beraksi sepenuhnya dan saya berharap Ian (Andrew Gillan) dapat melihat ke arah itu,” katanya ditemui di sini

Saya percaya pemain-pemain tempatan Sarawak boleh melaksanak­an tugas dengan baik jika diberi peluang beraksi sepenuhnya dan saya berharap Ian (Andrew Gillan) dapat melihat ke arah itu. Awang Mahyan Awang Mohamed Pengurus Sarawak

semalam.

“Mereka kurang pendedahan kerana jarang diturunkan. Jika diberi peluang saya percaya pemain- pemain tempatan kita mampu menyinar.

“Ini sekali gus dapat menyelesai­kan isu kekurangan pemain terutamany­a jika ada pemain import yang tidak dapat diturunkan akibat kecederaan,” jelas beliau.

Dalam perkembang­an sama, Awang Mahyan amat mengharapk­an keputusan positif daripada perlawanan malam esok memihak kepada Sarawak.

“Kemenangan merupakan sasaran utama kami tatkala turun berdepan Pulau Pinang malam esok. Tiga mata penuh sekiranya mampu diperolehi pasti berupaya menaikkan semangat perjuangan tinggi pemain-pemain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AWANG MAHYAN
AWANG MAHYAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia